CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

MBSB sasar kontraktor PKS

[Copy link]
Post time 3-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Cadang tingkat pembiayaan kepada pemaju dapat kontrak kerajaan\rMALAYSIA Building Society Bhd (MBSB), yang kini giat melaksanakan transformasi perniagaannya, bercadang meningkatkan aktiviti pembiayaan kepada kontraktor syarikat kecil dan sederhana (PKS), justeru mempelbagai sumber pendapatan kumpulan itu pada masa depan.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman (kanan), berkata syarikat yang dulunya hanya menyediakan pinjaman gadai janji itu, menyasarkan produk PKS mampu menyumbang sehingga 10 peratus kepada pendapatannya dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding peratus kecil kini.\r\r\n\n\n\n\n  MBSB, katanya, sudah mengagihkan pinjaman sehingga RM300 juta kepada kontraktor PKS yang mendapat kontrak daripada kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan menerusi Program Ekspress Tunai SME sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu. \r“Menerusi program itu, MBSB menawarkan kadar faedah yang berpatutan iaitu antara tujuh hingga lapan peratus bagi membantu kontraktor tempatan yang memperoleh kontrak kerajaan mengembangkan perniagaan masing-masing.\r“Selain itu, proses kelulusan bagi pembiayaan ini hanya mengambil masa lima hari saja dengan syarat pemohon mengemukakan maklumat lengkap,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rSementara itu, Ahmad Zaini berkata, MBSB juga bercadang melancarkan produk kad kredit berlandaskan syariah dan pinjaman sewa beli menjelang akhir tahun ini dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatannya.\r\n\n\n\n\rSyarikat kewangan itu bercadang menawarkan kad kredit itu kepada kakitangan kerajaan dan ia adalah produk pelengkap kepada produk pinjaman peribadi yang ditawarkannya.\rBeliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat pengendali kad kredit sedia ada untuk menawarkan kad kredit itu.\r“Pada peringkat permulaan kami akan menawarkan kad kredit ini kepada pelanggan sedia ada. Keistimewaan kad kredit ini berbanding kad kredit yang ditawarkan institusi perbankan lain ialah kami menawarkan kadar faedah yang berpatutan iaitu antara 12 hingga 13 peratus,” jelasnya.\rBagi pinjaman sewa beli pula, Ahmad Zaini berkata, ia akan dilancarkan pada November ini.\r“Pelancaran kedua-dua produk baru itu adalah sebahagian usaha kami untuk mempelbagaikan produk runcit kami. Ketika ini produk pembiayaan peribadi dan pembiayaan perumahan mencatatkan pertumbuhan yang baik,” jelasnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044829 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list