View: 228|Reply: 0
|
Tak boleh kahwin tiga tahun
[Copy link]
|
|
200 gadis sahut cabaran untuk jadi pelakon filem Scandal\rSYARATNYA mungkin agak aneh. Kelakar pun ada dan ia mungkin boleh mengongkong mereka yang membintangi filem ini.\r\n\n\n\n\rMemang perjanjian yang dikenakan agak ketat iaitu mereka yang berjaya menjalani sesi uji bakat untuk membintangi filem berjudul Scandal akan menandatangani kontrak selama tiga tahun.\r\r\n\n\n\n\nSepanjang tempoh itu, mereka bukan sahaja tidak boleh berkahwin tetapi juga tidak dibenarkan ada teman lelaki. Ini kerana mempunyai suami atau teman lelaki dianggap boleh mengganggu perjalanan karier mereka.\rWalaupun mungkin agak berat, tetapi ia tidak menghalang mereka yang berminat untuk menjadi bintang filem. Di atas kesanggupan itu, sembilan daripada lebih 200 gadis yang lulus uji bakat untuk membintangi filem sulong syarikat penerbitan Manja Citra Sdn Bhd yang bakal menjalani penggambaran selepas Aidilfitri ini sehingga November.\rPenerbit yang juga pengarah filem itu, Din CJ atau Nordin Wahab berkata, syarat yang dikenakan itu sebagai latihan disiplin dan kesungguhan bakat baru untuk memasuki dunia perfileman yang penuh mencabar ini.\r“Sepanjang saya di dalam industri ini, pelbagai masalah membabitkan industri ini sudah saya lalui dan lebih merumitkan adalah berhadapan dengan pelakon yang bermasalah.\r\n\n\n\n\r“Memang ramai bakat baru yang hanya muncul seketika saja di dalam industri dan akhirnya terus lenyap, ini semuanya berpunca daripada masalah disiplin. Hanya tiga perkara negatif saja yang sering dilihat menjatuhkan artis ini iaitu \rskandal, dadah dan disiplin,” katanya yang ditemui pada majlis mengumumkan sembilan peserta yang terpilih.\rWalaupun filem Scandal mempertaruhkan bakat baru, namun syarikat penerbitan itu bersedia dengan strategi dan promosi untuk menjadikan filem itu mencapai boxoffice.\r“Dari awal lagi kita sudah memikirkan, walaupun syarikat ini sudah banyak membuat drama dan telefilem, namun pembikinan filem adalah kali pertama, maka pengalaman itu sedikit berbeza daripada drama.\r“Namun itu tidak menjadi masalah kepada kami, lebih lagi kami mempertaruhkan bakat baru yang belum ada nama di dalam industri.\r“Selok-belok dan strategi itu sudah kami rangka dan sebab itulah pembikinan filem ini bakal menelan belanja sebanyak RM3.5 juta,” katanya yang turut menjalani penggambaran selain di Kuala Lumpur, Paris, Dubai dan Korea Selatan.\rAntara peserta yang terpilih seperti Natasaha Nordin (Tasha), Ainur Syafeez Azizudin (Syafeenaz), Nurfarahin Othman (Farah) Bkay Nair (BK Nair), Siti Aishah Ilias (Aisha), Nor Sabrina Zulkiflee (Sabrina), Nor Syaidatul Zainal Abidin (Syaidatul), Nur Azliah Artiwah Azlan (Aleeya) dan Siti Nur Syatilla Amirol Melvin (Tilla).\rFilem Scandal mengambil inspirasi daripada karya novel Ritchie Rachman berjudul Skandal dengan mengetengahkan tiga watak wanita utama, mereka seperti Diana, Camelia dan Candy.\rBagi memberi lebih impak kepada filem yang mengetengahkan ramai pelakon baru ini, misi pencarian tiga watak ini dilakukan dengan cara yang berbeza.\rDaripada lebih 200 gadis cantik yang menghadiri uji bakat itu, kami hanya memilih sembilan peserta saja yang akan merebut tiga watak utama ini. Setiap watak akan direbut oleh tiga peserta dan enam peserta yang tidak terpilih turut akan berlakon di dalam filem ini.\rPenentuan tiga watak ini akan dilakukan menerusi peraduan Filem Scandal @ murai.com.my oleh pengundi sendiri melalui laman portal murai.com.my. \rMenariknya, pengundi yang dapat meneka dengan tepat dan melengkapkan slogan dengan kreatif bakal membawa pulang wang tunai dan barangan elektrik.\rCaranya, anda hanya perlu memadankan antara sembilan calon pada gambar yang dirasakan tepat dengan karektor Diana, Camelia dan Candy. Sekiranya pilihan anda tepat seperti mana pilihan pengarah, anda berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dan pelbagai gajet menarik seperti barangan elektrik dan elektronik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari murai.com.my,\" katanya yang dibuka penyertaan sejak 15 Ogos lalu hingga penghujung September ini.\rMajlis itu turut dihadiri penulis skripnya, Ismail Ahmad, pengarah muziknya, Datuk Ramli MS dan koreaografer untuk adegan lasak iaitu Yank Kassim.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|