CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Firma AS labur RM1b di Cyberjaya

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Komitmen pelaburan untuk tempoh lapan tahun sudah dilulus MIDA\rMSC Malaysia bakal menerima pelaburan baru membabitkan sebuah syarikat multimedia terkemuka dari Amerika Syarikat (AS) yang merancang melabur kira-kira RM1 bilion bagi membuka operasinya di Cyberjaya.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata komitmen pelaburan untuk tempoh lapan tahun itu sudah diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, syarikat terbabit mengadakan pertemuan dengan beliau ketika misi perdagangan Malaysia ke AS Mei lalu, bagi menyatakan hasrat untuk beroperasi di Malaysia menjelang akhir tahun ini.\r“Nama syarikat itu biarlah kerajaan yang umumkan. Insya-Allah tidak lama lagi, kerana syarikat ini mahu segera beroperasi di Malaysia dan kita perlu menyegerakan kertas kerja supaya mereka boleh bermula hujung tahun ini.\r“Kesediaan mereka untuk beroperasi di kawasan MSC adalah petunjuk yang baik dan membuktikan keyakinan mereka terhadap persekitaran ekonomi negara ini,” katanya dalam temubual dengan Berita Harian baru-baru ini.\rBadlisham berkata, selain syarikat itu, pihaknya turut mengemukakan dua lagi permohonan syarikat AS yang mahu melabur di Malaysia kepada pihak kerajaan dan MIDA.\r\n\n\n\n\rKatanya, permohonan kedua-dua syarikat berkaitan perkhidmatan teknologi maklumat (IT), perisian dan penyumberan luar itu masih lagi dalam perincian dan jika tiada masalah permohonan mereka akan diluluskan tidak lama lagi.\rBadlisham berkata, minat ketiga-tiga pelabur AS itu membuktikan kepercayaan yang tinggi dikalangan pelabur negara itu terhadap pengembangan dan kestabilan ekonomi negara bagi memenuhi keperluan pengembangan operasi mereka.\rKatanya, krisis di zon Euro, kos operasi yang tinggi dan persekitaran ekonomi mencabar di AS dan Eropah memberikan tekanan kepada syarikat berkaitan ICT di AS sekali gus membuka laluan untuk mereka mengembangkan operasi ke pasaran baru khususnya Asia.\rBeliau berkata, pelabur AS khususnya yang terbabit dalam industri IT dan penyumberan luar tidak hanya meninjau menjimatkan operasi tetapi juga berhasrat memiliki pelaburan dan operasi lain di beberapa negara berpotensi di Asia seperti India dan China.\r“Justeru, Malaysia sentiasa menjadi negara yang paling menarik bukan hanya dari segi penjimatan kos operasi tetapi juga perkhidmatan yang ditawarkan dan kedudukannya yang sebahagian daripada rantau Asia ini. \r“Khususnya dikalangan penyedia perkhidmatan perisian dan IT, keyakinan mereka terhadap Malaysia kini terus meningkat dan isu kos operasi yang tinggi di Eropah dan AS kekal menjadi perangsang utama kepada mereka untuk datang ke Malaysia,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045443 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list