CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Misi mencari kotak hitam Yak-42

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Medvedev cadang mengurangkan syarikat penerbangan selepas nahas udara terbaruYAROSLAVL: Pihak penyiasat semalam mencari kotak hitam pesawat di kawasan bangkai pesawat yang berkecai selepas  terhempas di tebing Sungai Volga, yang membunuh 43 orang termasuk pasukan hoki terkemuka Russia.\rPerakam itu akan mendedahkan maklumat penting menjelaskan punca Yak-42 terhempas sebaik saja berlepas kelmarin dari lapangan terbang Yaroslavl, 240 kilometer timur laut Moscow. \r\n\n\n\n\r  Jawatankuasa Penerbangan Antara Negeri berkata, perakam itu dipercayai berada di bahagian ekor pesawat itu yang sebahagiannya tenggelam dalam sungai.\r\r\n\n\n\n\n  Pakar penerbangan menyalahkan usia pesawat itu, kelemahan kawalan pihak berkuasa, latihan juruterbang yang kurang bermutu dan tabiat memotong kos sebagai antara punca nahas.\rBerikutan itu, Presiden Dmitry Medvedev,  mendesak langkah segera bagi menamatkan masalah industri penerbangan Russia termasuk mengurangkan bilangan firma penerbangan.\r“Bilangan syarikat penerbangan wajar dikurangkan dengan segera dan dalam masa terdekat,” kata Medvedev.\rTidak jelas apakah langkah yang dapat dilakukan dalam perkara itu kerana kebanyakan firma penerbangan bersaiz kecil dan menghadapi masalah kewangan.\r\n\n\n\n\rMedvedev dimaklumkan bahawa ada 130 firma penerbangan di seluruh Russia tetapi 85 peratus penumpang dibawa oleh 10 syarikat saja.\rMangsa termasuk 36 pemain, jurulatih dan pegawai dari Yaroslavl Lokomotiv, yang menuju ke Minsk, Belarus untuk bermain di upacara pembukaan musim Liga Hoki Benua. \rPagi semalam, ratusan penduduk tempatan berkumpul di gereja Ortodok Russia untuk berkabung berikutan tragedi itu. Ramai yang memakai skaf, sesetengah wanita menutup kepala sebagai menghormati upacara gereja. \rSejak beberapa tahun ini, Russia dan beberapa republik bekas Soviet merekodkan keselamatan penerbangan paling buruk di dunia.\rJet yang terhempas itu dibina pada 1993 dan satu daripada enjinnya baru diganti bulan lalu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Valery Okulov memberitahu media Russia. \rTidak jelas sama ada kegagalan teknikal memainkan peranan utama dalam kemalangan ini, tetapi pesawat itu nampaknya gagal untuk mencapai ketinggian secukupnya dan melanggar menara lalu lintas udara sebelum berkecai di sepanjang Volga.\rHanya dua mangsa saja terselamat dan keduanya berada dalam keadaan serius semalam.\rAntara yang terbunuh ialah jurulatih Lokomotiv dan veteran NHL yang juga warga Kanada, Brad McCrimmon, pembantu jurulatih Alexander Karpovtsev yang juga warga Russia pertama yang tertera namanya pada Piala Stanley sebagai anggota New York Rangers dan Pavol Demitra yang bermain untuk St Louis Blues dan Vancouver Canucks serta bekas ketua pasukan nasional Slovakia.\rMangsa terkenal lain yang maut ialah pemain Czech, Josef Vasicek, Karel Rachunek dan Jan Marek, penjaga gol Sweden Stefan Liv, pemain pertahanan Latvia, Karlis Skrastins dan pemain pertahanan Belarus, Ruslan Salei. – AP.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list