CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Pusat Pakaian Hari-Hari ke Bursa Malaysia

[Copy link]
Post time 12-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat laksana pelbagai strategi   perkukuh  asetPUSAT Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd, pengendali rangkaian gedung pakaian keluarga sedang meneroka perniagaan hartanah bagi menambah aset, sekali gus mengukuhkan rancangan untuk menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia.\rPengurus Besarnya, Amilludin Latip (kanan), berkata bermula tahun lalu syarikatnya melaksanakan beberapa strategi dalam cabang perniagaan baru itu dengan membeli beberapa hartanah di beberapa kawasan termasuk di Seri Iskandar, Perak untuk dijadikan aset dan menambah cawangan baru Pusat Pakaian Hari-Hari.\r\n\n\n\n\r  Kami meletakkan beberapa sasaran menjelang 2020 termasuk menyasar menambah 36 lagi cawangan baru kepada 100 cawangan di Malaysia. Cawangan baru di Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam perancangan, katanya kepada Berita Harian.\r\r\n\n\n\n\n  Mengenai pelan 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2020, Amilludin berkata, syarikatnya bercadang memberi francais kepada usahawan berminat untuk menerokai bidang berkaitan bersama Pusat Pakaian Hari-Hari selepas menerima Sijil Francais Julai lalu.\rDaripada 36 cawangan baru yang akan diwujudkan, kawasan luar bandar termasuk di tanah rancangan FELDA menjadi sebahagian perancangan syarikat. Ia sejajar matlamat kami meringankan beban golongan berpendapatan sederhana mendapatkan pakaian berkualiti pada harga berpatutan, katanya.\rBeliau berkata, syarikatnya juga bercadang meneroka pasaran Brunei, Indonesia dan Thailand, namun tempoh masa belum dimuktamadkan kerana fokus utama adalah mengukuhkan perniagaan francais di dalam negara terlebih dulu.\rPerniagaan francais adalah keutamaan kami sebelum ke luar negara. Setakat ini kami menerima lebih 20 permohonan untuk menjadi francaisi dan ia sedang dinilai, katanya.\r\n\n\n\n\rSejak ditubuhkan pada 1996, Pusat Pakaian Hari-Hari mencatatkan pertumbuhan baik menerusi pelbagai jenis pakaian untuk semua peringkat umur dengan rekaan terkini selain tampil dengan lima jenama tersendiri iaitu Jony & Jeny, Cikelon, TMU, Queen dan Fitri yang dijual di 61 cawangannya di seluruh Semenanjung.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.060917 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list