CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Komputer mega ramal konflik

[Copy link]
Post time 12-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ILLINOIS: Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati  komputer mega atau super computer,  mampu membantu meramal kejadian besar dunia, jika ia terus menerus dibekalkan dengan maklumat baru.\rKetika analisis dijalankan berasingan, saintis berkata, proses sama boleh digunakan untuk meramal konflik akan datang. Sistem berkenaan turut memperoleh petanda awal mengenai lokasi bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.\r\n\n\n\n\rKajian itu dibentangkan Kalev Leetaru dari Institut Sains Sosial dan Seni Universiti Illinois dalam jurnal First Monday.\r\r\n\n\n\n\nMaklumat kajian diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk Pusat Sumber Terbuka yang dikendalikan Kerajaan Amerika dan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC),  yang mengawasi kandungan media tempatan di seluruh dunia.\rKomputer mega merujuk kepada sistem komputer yang melakukan tugas berat dan pengiraan tepat termasuk ramalan cuaca, penyelidikan iklim, pembinaan model molekular dan simulasi pengaktifan senjata nuklear.\rRangkaian media yang menerbitkan versi online turut dianalisis. Secara keseluruhan, Leetaru menghimpun lebih 100 juta artikel.\rLaporan dianalisis untuk dua jenis maklumat utama, iaitu keadaan sama ada artikel memaparkan berita baik atau buruk dan lokasi, iaitu di mana kejadian berlaku dan lokasi pihak lain yang terbabit dalam berita itu.\r\n\n\n\n\rPengesanan keadaan ditetapkan untuk mencari perkataan dahsyat, ngeri atau baik sementara lokasi menyebut tempat tertentu, seperti Kaherah dan memasukkan ia ke dalam koordinat bagi diletakkan dalam peta.\rData dimasukkan ke dalam kepada komputer mega SGI Altix, dikenali sebagai Nautilus, beribu pejabat di Universiti Tennessee. Berdasarkan pertanyaan tertentu, Nautilus menghasilkan graf untuk negara berbeza yang berdepan masalah pemberontakan Arab.\rDalam setiap kes, hasil beribu-ribu berita baru menunjukkan petanda dalam sentimen sebelum kejadian, di dalam negara dan seperti dilaporkan dari luar.\rPetunjuk sebelum ini berkebetulan dengan pengeboman oleh Amerika ke atas tentera Iraq di Kuwait pada 1991 dan pencerobohan Amerika di Iraq pada 2003.\rLeetaru berkata, sistem itu kelihatan menghasilkan perisikan lebih baik berbanding apa yang dilakukan Kerajaan Amerika  ketika itu.\rHakikat bahawa Presiden Amerika menyokong Mubarak menunjukkan dengan kuat analisis paling tinggi pun cenderung memberi petunjuk Mubarak akan kekal. Ia memang berkemungkinan kerana anda mempunyai pakar bidang itu yang mengkaji Mesir selama 30 tahun dan dalam masa 30 tahun tiada apa berlaku kepada Mubarak, katanya.  Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055472 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list