CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Erdogan dapat sambutan hangat di Kaherah

[Copy link]
Post time 15-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menerima sambutan hangat di Kaherah di mana aktivis, wanita dan media menyerbu wira baru rantau ini berikutan pendiriannya yang pro-Palestin dan kritikan pedas terhadap Israel.\rErdogan, yang pada Selasa berlepas ke tiga negara Arab dalam lawatan musim bunga di Mesir, memberikan sokongan padu terhadap Palestin ketika ucaptamanya di Liga Arab, yang sekali gus menaikkan imejnya sebagai pemimpin rantau itu.\r\n\n\n\n\r  Lawatannya dibuat ketika aktivis yang menggulingkan presiden Hosni Mubarak pada Februari, berang dengan kepemimpinan mereka kerana melengah-lengahkan janji untuk perubahan.\r\r\n\n\n\n\n  Bercakap mengenai menteri luar Arab, Edrogan berkata pengiktirafan Palestin adalah kewajipan dan  mengulangi yang hubungan tegang dengan Israel tidak akan pulih melainkan negara Yahudi itu memohon maaf atas kematian sembilan warga Turki ketika serbuan terhadap kapal bantuan ke Gaza tahun lalu.\r“Sebelum hujung tahun ini kita akan melihat Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam situasi berlainan,” katanya.\r“Sudah tiba masanya untuk bendera Palestin dikibarkan di PBB”.\rKenyataannya mengulangi sentimen di jalanan Arab, yang mungkin melemahkan kepimpinan ketenteraan Mesir yang berusaha untuk memulihkan hubungan dengan Israel selepas kedutaannya di Kaherah diserang. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.436509 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list