CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Pakai skirt bantah gabenor

[Copy link]
Post time 19-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kenyataan pakaian singkat penyebab rogol cetus kemarahan di Indonesia\rJAKARTA:  Sekumpulan wanita di Indonesia, mengadakan perhimpunan dengan memakai skirt pendek untuk memprotes kenyataan gabenor bandar raya Jakarta,  Fauzi Bowo  yang menyalahkan pakaian sebagai punca kejadian rogol berkumpulan di bandar raya itu.\r\n\n\n\n\r  Fauzi  menggesa wanita supaya tidak memakai skirt pendek ketika menaiki pengangkutan awam di ibu negara selepas seorang wanita berusia 27 tahun diserang di dalam sebuah van mini awam awal bulan ini.\r\r\n\n\n\n\n  Polis gagal memberkas perogol tetapi mangsa mengesan seorang daripada penyerangnya dua minggu selepas kejadian ketika lelaki yang disyaki memandu kenderaan.  \r“Kami berada di sini untuk menyuarakan kemarahan. Gabenor bukan saja tidak memberi hukuman berat kepada perogol, tetapi menyalahkan  pakaian wanita pula. Ini diskriminasi,” kata pengendali tunjuk perasaan, Chika Noya kepada AFP.\rDengan memakai baju dan skirt singkat, wanita itu menunjuk perasaan di bulatan utama di ibu negara sambil memegang sepanduk bantahan bertulis “Jangan ajar kami bagaimana berpakaian, suruh mereka jangan merogol” dan “Skirt mini saya, hak saya” dan “Rogol adalah jenayah berat”. \rNova berkata, gabenor perlu menjamin keselamatan wanita dalam pengangkutan awam. \r\n\n\n\n\rSeorang penunjuk perasaan Dhyta Caturani, yang memakai skirt pendek dan baju terdedah berkata: \r“Cara wanita berpakaian bukan penyebab keganasan seksual,”.\rBowo memohon maaf kelmarin atas kenyataannya tetapi gagal meyakinkan penunjuk perasaan.\rPolis Jakarta merekodkan peningkatan kes rogol sehingga 41 kes tahun ini sehingga September di bandar dengan jumlah penduduk 12 juta, berbanding 40 kes sepanjang tahun 2010.\rCaturani berkata, tunjuk perasan itu mendapat ilham daripada fenomena Pelacur Jalanan yang bermula di Toronto pada April di mana ratusan wanita dan lelaki mengadakan protes di jalan atas komen yang dibuat polis konstabel yang wanita perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti pelacur bagi mengelakkan diri menjadi mangsa. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041001 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list