View: 175|Reply: 0
|
Paris Hilton tempah sari India
[Copy link]
|
|
MUMBAI: Pereka fesyen popular di Mumbai, Rocky S, berkata beliau menerima tugasan mencipta fesyen pakaian berciri India termasuk sari untuk Paris Hilton, apabila dia mengunjungi negara itu selama tiga hari mulai 24 September depan.\rBeliau yang dipetik Times of India mengesahkan menemui Paris di Los Angeles awal bulan ini bagi membincangkan fesyen pakaian yang akan digayakannya sepanjang berada di India.\r\n\n\n\n\r“Dalam perbincangan itu, Paris memberitahu saya dia mahu pakaian yang segala-galanya berciri India termasuk sari.\r\r\n\n\n\n\n“Saya akan mereka pakaian Paris ketika di India. Ketika di Los Angeles, Paris menjalani sesi penggambaran majalah dengan menggayakan pakaian berciri India,” katanya. \rRocky berkata, Paris memaklumkan kepadanya bahawa sepanjang berada di India, dia mahu memakai pakaian wanita India. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|