CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

'Pakatan galak pertumbuhan'

[Copy link]
Post time 20-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua syarikat penerbangan optimis hadapi saingan, Tony tolak penggabungan\rPERTUMBUHAN berterusan sebagai syarikat penerbangan premium dan tambang murah adalah manfaat utama yang bakal diraih daripada pakatan antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.\r\n\n\n\n\r“Pulangan daripada beberapa perniagaan yang diteroka sebelumnya adalah kurang memberangsangkan. Syarikat penerbangan cuba melakukan banyak benda, tambang murah serta kelas pertama, perniagaan dan ekonomi. \r\r\n\n\n\n\n“Mereka juga terbabit dalam bidang penyelenggaraan, baik pulih dan katering yang sebenarnya adalah perniagaan berasingan,” katanya pada temu bual dengan BERNAMA, semalam.\rMerujuk kepada cadangan tukaran saham antara MAS dan AirAsia yang diumumkan beberapa minggu lalu, Tony menolak spekulasi langkah itu akhirnya akan menjurus kepada penggabungan kedua-dua syarikat penerbangan itu.\r“Saya tidak percaya dengan penggabungan. Ia akan menjadi seperti mana kami melakukannya terhadap AirAsia dan AirAsia X, yang mana kami memisahkan syarikat berkenaan bagi membolehkan kedua-duanya memberi tumpuan kepada perniagaan masing-masing.\r“Kuncinya di sini ialah untuk kekal menumpu kepada kekuatan masing-masing dan formula serupa perlu digunakan MAS,” katanya.\r\n\n\n\n\rBanyak pihak menyuarakan kebimbangan mengenai manfaat perjanjian itu apabila Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham utama MAS mengumumkan akan membeli 10 peratus kepentingan dalam AirAsia, manakala Tune Air Sdn Bhd, iaitu syarikat pelaburan milik Tony dan Datuk Kamarudin Meranun akan memiliki 20.5 peratus saham MAS menerusi urus niaga tukaran saham.\rTony berkata, sasaran keseluruhan pakatan itu adalah untuk menjadikan dua syarikat penerbangan Malaysia itu lebih kukuh berikutan persaingan hebat dalam pasaran,  meningkatkan nilai pemegang saham dan memastikan kebajikan pekerja dijaga menerusi peningkatan pendapatan.\rBeliau berkata, MAS dan AirAsia boleh meningkatkan kecekapan menerusi penjimatan kos.\rMAS, katanya, perlu menumpu kepada kekuatan terasnya selepas merangkul Anugerah Krew Kabin Terbaik berterusan selama beberapa tahun.\r“Ini adalah perkhidmatan yang tidak dapat dibeli dengan wang,” tegasnya.\rTambahnya, MAS perlu menawarkan produk betul yang boleh menarik pasaran, iaitu dalam segmen perkhidmatan premium, manakala golongan yang mahukan perjalanan tambang murah boleh memilih AirAsia.\rMenuju ke depan, Tony berkata, beliau akan membiarkan MAS melaksanakan sendiri perubahan dan positif terhadap apa yang boleh dilakukan Pengarah Urusan barunya, Ahmad Jauhari Yusof.\r“Beliau adalah individu hebat, merendah diri, bijak dan bekerja keras serta mampu membuat perubahan. Pasukan di MAS adalah mantap,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048137 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list