CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Klum insurans kaki RM6.1j

[Copy link]
Post time 20-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Nilai sebelah kiri lebih rendah akibat parut terkena kaca\rTORONTO: Kaki supermodel berasal dari Jerman, Heidi Klum diinsuranskan sebanyak AS$2 (RM6.1 juta).\r\n\n\n\n\r  Bekas model pakaian dalam Victoria Secret yang berkahwin dengan penyanyi kulit hitam, Seal bagaimanapun perlu menjalani pemeriksaan kakinya dulu sebelum harga ditetapkan. \r\r\n\n\n\n\nAkhbar Toronto Sun melaporkan, Klum berkata  sebelah kakinya bernilai lebih daripada yang sebelah lagi kerana ada parut akibat terpijak serpihan kaca.\r“Saya secara peribadi tidak membeli insurans untuk kaki saya tetapi pelanggan saya baru-baru ini berbuat demikian untuk saya. Secara dasarnya, ketika saya berada di London, saya ke tempat di mana mereka memeriksa kaki saya,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan televisyen Extra.\r“Mereka melihat dan menilai kaki saya. Ada parut ketika saya terpijak serpihan kaca di kaki kiri, jadi ia tidaklah semahal kaki di sebelah kanan,” kata hos televisyen, pereka kasut, minyak wangi dan barang perhiasan itu.\rThe Nation bagaimanapun melaporkan Klum bukanlah selebriti pertama yang membeli insurans untuk kaki atau bahagian badan yang lain.\r\n\n\n\n\rSecara praktikal, ia sudah lama diamalkan. Bintang filem, Betty Grable dan Angie Dickinson masing-masing menginsuranskan kaki mereka dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta). Pelawak, Jimmy Durante turut membeli insurans untuk hidungnya sebanyak AS$50,000 (RM154,192), manakala penyanyi dan aktres, Marlene Dietrich menginsuranskan suaranya dengan harga AS$1 juta (RM3 juta). \rBruce Springsteen dengan mudah membeli insurans bernilai AS$6 juta (RM18.4 juta) untuk kerongkong yang terkenal itu.\rBintang televisyen yang turut menyertai kegilaan insurans kaki termasuk Angie Everhart dan Mary Hart yang membeli insurans untuk kedua-dua kaki dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta). – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.087599 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list