|
Anggap DSK sembunyi kesalahan ketika temu bual\rPARIS: Seorang penulis Perancis tetap akan menyaman bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (DSK) atas tuduhan cuba merogolnya pada 2003, jika pendakwa negara itu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas DSK.\r\n\n\n\n\rPada masa sama, pekerja hotel di Amerika Syarikat yang mendakwa menjadi mangsa DSK, Nafissatou Diallo, meneruskan saman ke atasnya meskipun kes jenayah terhadap DSK digugurkan di sana.\r\r\n\n\n\n\nPeguam Diallo menyifatkan DSK menyembunyikan kejadian di bilik hotel New York apabila tidak langsung menerangkan kejadian dalam wawancara di sini kelmarin.\rPenulis itu, Tristane Banon memberitahu televisyen Canal Plus bahawa dia ‘sakit hati’ menonton wawancara DSK dengan French TV, kemunculan pertama Strauss-Kahn di Perancis sejak ditangkap di New York pada 14 Mei lalu.\rPolis menyoal DSK mengenai kes Banon minggu lalu dan pejabat pendakwa raya Paris perlu memutuskan sama ada membuka kes untuk perbicaraan.\r“Jika dakwaan ke atasnya digugurkan, saya akan saman. Ini bukan soal siapa yang lebih dipercayai,” kata Banon.\r\n\n\n\n\rPenulis itu memberi penjelasan ringkas mengenai kejadian pada Februari 2003 itu bertempat di sebuah pangsapuri kosong.\r“Apa saya tiba, dia kunci pintu. Saya rasa tidak selesa pada masa itu tetapi tidak sangka apa yang berlaku seterusnya. Kami bergelut. Saya rasa bernasib baik kerana tidak diperkosa,” katanya.\rBanon mempertahan keputusannya tidak mendakwa DSK selepas kejadian itu kerana baru berusia 23 tahun sedangkan Strauss-Kahn berkuasa dalam Parti Sosialis.\r“Saya seperti dipijak sekarang meskipun ada keraguan terhadapnya. Jika saya ambil tindakan pada masa itu, mungkin juga saya akan masuk dalam rekod bunuh diri,” katanya lagi.\rKetika diwawancara, DSK menyifatkan dakwaan Banon sebagai ‘rekaan’ dan ‘fitnah.’ – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|