CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Israel terus lancar kempen anti-Palestin

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin, delegasi Zionis guna  media lobi anggota PBB tolak permohonan jadi ahli\rBAITULMAQDIS: Ketika diplomat antarabangsa memutuskan untuk menentang atau menyokong permohonan Palestin menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Israel melancarkan kempen menerusi media untuk menyatakan pandangannya dalam isu berkenaan supaya difahami.\r\n\n\n\n\r“Saya bercakap dengan berpuluh-puluh wartawan setiap hari, tidak kira mesej e-mel Facebook dan temubual radio serta televisyen,” kata jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor.\r\r\n\n\n\n\nDalam video di laman web YouTube awal minggu ini, Palmor berkata: “Israel tidak menentang penubuhan negara merdeka Palestin. Israel mahu wujud bersama secara aman bersebelahan tetapi keamanan cuma dapat dicapai menerusi rundingan langsung, tiada cara lain,” katanya.\rPusingan terakhir rundingan gagal September 2010 apabila Israel enggan menunda lagi pembinaan penempatan Yahudi di kawasan yang dianggap penduduk Palestin sebagai sebahagian negara mereka.\rPemimpin Palestin pula menegaskan, rundingan damai tidak akan disambung kecuali pembinaan penempatan dibekukan.\rPresiden Palestin, Mahmoud Abbas, akan mengemukakan permintaan mendapatkan keanggotaan penuh negaranya kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggunakan skil retorik menentang bidaan itu di Perhimpunan Agung (UNGA).\r\n\n\n\n\rIsrael menentang keras kempen diplomatik, mengatakan Palestin cuma boleh wujud menerusi perbincangan dua hala dan tidak boleh didesak badan luar. \rMengiringi Netanyahu ke New York kelmarin sekumpulan jurucakap sehaluan dengannya, pakar media, menteri dan timbalan menteri. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 1.223476 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list