|
Duta pelawa pelabur KL teroka peluang di Tripoli\rKUALA LUMPUR: Kedutaan Libya di Malaysia mengumumkan misi diplomatik itu kini di bawah kepemimpinan kerajaan baru Libya yang diterajui Majlis Peralihan Nasional (NTC) dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York sebagai pemerintah.\r\n\n\n\n\r Sehubungan itu, Libya mempelawa pelabur dari Malaysia mengadakan jalinan kerjasama dan menghulurkan bantuan dalam pelbagai bidang menerusi draf perancangan pembangunan negara itu merangkumi pendidikan, industri perkhidmatan, latihan, pembinaan dan industri minyak.\r\r\n\n\n\n\n “Kami jemput pelabur dari Malaysia dan negara Asia Tenggara lain untuk membantu Libya dalam pelbagai bidang yang memerlukan serta menyambung kembali kerjasama yang terhenti akibat perang selama enam bulan itu.\r“Kami amat berterima kasih atas sokongan pemimpin dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Libya,” kata Duta Libya ke Malaysia, Dr Abu Bakar Al-Mansori katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.\rMengenai kedudukannya di Malaysia, Abu Bakar menegaskan, misi diplomatik negara itu setia kepada NTC yang mewakili rakyat Libya.\r“Kami di sini, mewakili NTC yang juga rakyat Libya,” katanya. Beliau memulakan khidmat sebagai duta ke negara ini sejak Januari lalu di bawah pemerintahan Muammar Gaddafi, sebelum pentadbiran diambil alih NTC selepas kejatuhan pemerintah kuku besi itu.\r\n\n\n\n\rSebanyak 140 negara sudah mengiktiraf kepemimpinan NTC di Libya menerusi undian di PBB dan banyak lagi negara dijangka menyertai undian itu dalam tempoh beberapa hari lagi.\rPengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil berucap pada PBB meyakinkan semua pihak yang Libya baru akan menjadi negara demokrasi, aman dan keselamatan terjamin dengan menghormati hak asasi manusia menerusi pilihan raya yang bakal diadakan dalam tempoh kurang lapan bulan dari sekarang.\rBerhubung maklumat terbaru mengenai negaranya, beliau berkata, hampir keseluruhan bahagian di Libya sudah jatuh ke tangan NTC, manakala masih ada beberapa kawasan kecil berada dalam tangan penyokong setia Gaddafi.\r“Kami (NTC) terpaksa berhati-hati menangani isu ini kerana mengutamakan keselamatan orang awam. Orang awam dipindahkan terlebih dulu sebelum serangan dilancarkan,” katanya.\rAbu Bakar berkata, sejak enam bulan lalu, PBB membekukan aset Libya di luar negara dan ini amat membebankan, terutama untuk pembayaran yuran pengajian bagi penuntut Libya di Malaysia. \rMasalah itu dapat diselesaikan kerana Kerajaan Malaysia membantu meringankan beban bayaran yuran dan sara hidup pelajar. Ketika ini, lebih 3,000 rakyat Libya menetap di negara ini yang kebanyakannya pelajar.\rBantuan Malaysia, katanya, bukan itu saja, malah sebaik selepas pembebasan Libya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia turut menghantar bantuan perubatan kepada rakyat Libya dan Malaysia mengiktiraf NTC sejak awal lagi dan pihaknya amat menghargai sokongan ini.\r“Malah, setiap hari kami hantar laporan kepada Kementerian Luar Negara mengenai perkembangan di Libya,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|