CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Fragmen: Mantapkan perlindungan sedia ada

[Copy link]
Post time 26-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERLINDUNGAN Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) Berhad adalah pertubuhan bukan berorientasi keuntungan sebaliknya berperanan melesenkan penggunaan karya muzik dan seterusnya mengutip royalti yang dibayar kepada penulis lagu, penerbit dan penulis seni kata apabila hasil karya mereka disiarkan atau dipersembahkan kepada umum.\rPengguna hasil karya muzik ini ialah stesen radio, TV, semua premis hiburan, kompleks kerajaan, pusat membeli belah, perkhidmatan kandungan bergerak (mobile) seperti muat turun lagu, online dan banyak lagi.\r\n\n\n\n\rMACP Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada September 1989 dan hari ini mempunyai 2,500 ahli yang terdiri daripada penulis lagu, penerbit muzik yang mempunyai hak kawalan dan pemilikan ke atas lebih 50,000 karya muzik tempatan sahaja. \r\r\n\n\n\n\nMACP juga menjalin perjanjian kerjasama dengan badan perlindungan hak cipta karya muzik peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, MACP mewakili lebih dua juta komposer, penulis lirik dan penerbit antarabangsa. Sebab itulah, MACP di Malaysia diberikan hak untuk mengawal lebih 12 juga hasil karya muzik dari seluruh dunia.\rBaru-baru ini, kita bertemu dan berbual dengan Pengerusi MACP, Habsah Hassan mengenai perlindungan hak cipta yang sudah lebih 20 tahun beroperasi di Malaysia. Operasinya bermula di sebuah rumah kedai di Hartamas, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Pusat Perniagaan Jalan Kuchai Lama. Pengerusi pertamanya ialah Datuk Freddie Fernandes.\rDalam perbualan dengan Habsah atau mesra dengan panggilan Kak Cha, kita dimaklumkan ada ura-ura mengenai untuk menubuhkan sebuah lagi badan untuk mengutip royalti karyawan muzik. Kononnya, badan pemuzik sekarang tidak cekap, tidak telus dan banyak kelemahan. \rPihak ini dikatakan sedang melobi kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menubuhkan badan royalti baru dan memansuhkan badan royalti sedia ada. \r\n\n\n\n\rSelain MACP, kita juga ada dua lagi badan royalti iaitu Performers and Artistes Rights Malaysia (PRISM). Peranan PRISM ialah mengutip royalti ke atas mana-mana pemuzik dan artis yang membuat persembahan pada sesuatu acara, majlis atau program TV. Muzik tidak akan wujud kalau tidak ada pemainnya. Si pemain muzik ini seperti pemain gitar, dram, saksofon, piano dan sebagainya yang memainkan sesuatu lagu dalam sesuatu persembahan pada sesuatu acara, berhak untuk menerima sejumlah bayaran. Bayaran itu dikutip dan seterusnya diagihkan oleh PRISM.\rSatu lagi badan pengutip royalti ialah PPM atau Public Perfomance Music Malaysia, iaitu badan yang mewakili syarikat pemegang hak cipta karya muzik. \rDalam erti kata lain, secara ringkasnya, MACP melindungi dan mengutip royalti untuk pencipta sesebuah karya muzik. PRISM pula memungut royalti bagi pihak pemuzik dan penyanyi yang menyampaikan sesuatu karya yang dihasilkan oleh pencipta tadi. \rMemahami isu royalti memang rumit. Peranan badan royalti, formula pengutipan royalti dan kaedah untuk mengagihkan hasil kutipan royalti, pelesenan karya cipta muzik selain cara penguatkuasaan, memang rumit untuk difahami. \rOleh itu, MACP dan PRISM dari semasa ke semasa memperbaiki kaedah dan formula pengurusan, pengendalian dan pengagihan royalti. Bukan sahaja orang ramai, di kalangan pemuzik atau pengkarya muzik sendiri pun, ada yang kurang memahami peranan MACP dan PRISM sehingga wujud pertelingkahan dan salah faham di kalangan mereka.\rMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri pernah mengadakan sesi pertemuan dengan pengarang hiburan daripada media arus perdana untuk mendapatkan pandangan dan maklumat mengenai perjalanan operasi dan kepentingan setiap badan perlindungan hak cipta karya muzik ini.\rKita masih ingat, nada beliau seolah-olah mempertikaikan ketelusan MACP, PRISM atau PPM mengenai sistem pengagihan royalti ini. Tapi ada ketikanya Ismail sendiri masih keliru dan kurang faham dengan setiap peranan badan pengutip royalti ini. Kita sendiri sudah menjelaskan bahawa setiap badan pengutip royalti mempunyai matlamat yang tersendiri. \rBagaimana mereka mengagihkan hasil kutipan royalti adalah berdasarkan format yang diguna pakai oleh badan pengutip royalti antarabangsa. Pendek kata, memanglah tidak ada satu formula yang standard.\rHasil daripada pertemuan itu, Ismail memberi bayangan kemungkinan untuk menubuhkan satu lagi badan royalti yang kononnya akan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan iaitu kementeriannya sendiri. \rPerkara itulah yang diceritakan semula oleh Kak Cha dalam pertemuan baru-baru ini. Bagi pihak MACP, Kak Chah berasa kecewa kalau KPDNKK bersetuju dan membenarkan penubuhan sebuah lagi badan pengutip royalti. \rSememangnya, bagi kita sendiri tertanya-tanya apa perlunya kerajaan menubuhkan badan pengutip royalti yang baru. Sekiranya KPDNKK berasakan MACP, PRISM dan PPM ada kelemahan, adalah menjadi tanggungjawab kementerian ini untuk membantu memperbaiki serta memantapkan operasi ketiga-tiga badan pengutip royalti ini.\rMemansuhkan badan pengutip royalti muzik yang ada dan menggantikan dengan yang baru, tidak menyelesaikan masalah. Menubuhkan badan royalti yang baru bermakna, segala-galanya kena bermula dari awal sedangkan apa yang sekarang sebenarnya sudah mantap.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.095847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list