CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Wanita Saudi boleh sertai pilihan raya

[Copy link]
Post time 27-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kebenaran anggotai Majlis Syura disambut baik, Raja Abdullah dianggap tokoh pembaharuanRIYADH: Buat kali pertama dalam sejarah, wanita Arab Saudi akan diberi hak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya tempatan serta menganggotai Majlis Syura mulai 2015.\rPengumuman mengenai berita gembira itu dibuat pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang dianggap sebagai tokoh pembaharuan dalam kerajaan konservatif Asia Barat itu kelmarin, ketika ucapan perasmian tahun ketiga sesi kelima Majlis Syura. \r\n\n\n\n\rBagi dunia wanita, ia adalah kejayaan besar untuk masa depan walaupun mereka belum dibenarkan menyandang jawatan menteri Kabinet, memandu kenderaan atau keluar negara tanpa kebenaran mahram.\r\r\n\n\n\n\nWanita Arab Saudi berdepan peraturan paling ketat berikutan nilai konservatif yang sering menyebabkan mereka menjadi sasaran polis pencegah maksiat yang menguatkuasakan peraturan keras terhadap undang-undang syariah di jalan dan tempat awam seperti pusat beli-belah dan universiti.\rSemua pihak tahu peranan wanita dalam sejarah Islam dan kedudukan mereka tidak boleh dipinggirkan. \rRamai wanita hebat yang menyumbang ke arah kemajuan Islam sejak zaman Rasulullah. Kita juga menolak daripada mengetepikan peranan wanita dan ini adalah seperti yang digariskan syariah. \rKami memutuskan bahawa wanita dibenarkan menyertai Majlis Syura sebagai anggota untuk sesi akan datang dan seterusnya mempunyai hak untuk mencalonkan diri mereka bagi keanggotaan majlis perbandaran dan menyertai proses pilihan raya, titah Raja Abdullah yang dipetik akhbar, Arabnews.\r\n\n\n\n\rMenteri Kesihatan, Dr Abdullah Al-Rabeeah berkata, keputusan itu disambut baik kerana memberi peluang kepada wanita menyertai pembuat keputusan dan hal ehwal kerajaan. \rMalah katanya, sejak permulaan Islam, wanita bekerjasama dengan lelaki dan memberi sumbangan dalam pelbagai perkembangan. \rBagaimanapun, keputusan yang memberikan wanita hak mengundi dan menyertai pilihan raya perbandaran tidak cukup memuaskan keinginan yang meningkat untuk mendapatkan kedudukan sama dengan lelaki.\rWanita di negara itu perlu menunggu empat tahun lagi untuk menyertai proses pilihan raya sedangkan pilihan raya tempatan bakal diadakan Khamis ini.\rMengapa bukan esok. Saya rasa pemerintah tidak mahu menggegarkan negara tetapi kita lihat dikeliling kita dan adalah sesuatu yang memalukan kerana kita masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan hak mudah bagi wanita, kata pejuang hak asasi terkemuka,  Wajeha al-Hawaidar. \rPengumuman itu dilihat sebagai cubaan perubahan cara Saudi, langkah mengelak penentangan ulama berkuasa dan kumpulan konservatif dalam masyarakat. \rIa dilihat sebagai usaha pemerintah mempertahankan kerajaannya daripada menerima nasib serupa negara Arab lain yang dijatuhkan oleh kebangkitan popular.\rBimbang dengan kebangkitan di negara itu, Mac lalu, Raja Abdullah membuat pengumuman pakej insentif $93 bilion (RM294.1 bilion) untuk kerja dan perkhidmatan bagi mengurangkan bebanan rakyat.  AP/Agensi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046216 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list