CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Berlusconi disyaki suruh tipu penyiasat

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mungkin menyuruh seorang ahli perniagaan supaya menipu keterangan kepada penyiasat mengenai isu membayar pelacur menghadiri parti tajaannya, lapor agensi berita Ansa di sini, semalam.\rAhli perniagaan berkenaan, Gianpaolo Tarantini, kini dibicarakan atas dakwaan membelanjakan hampir 30,000 euro (RM129,000) mengupah berpuluh-puluh wanita untuk menghadiri parti peribadi Berlusconi pada 2008 dan 2009 bagi mendapatkan projek besar.\r\n\n\n\n\rMemetik keputusan sebuah mahkamah Naples, Ansa melaporkan, Berlusconi mungkin boleh disoal mengenai dakwaan beliau meminta Tarantini membuat kenyataan palsu dalam siasatan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\nJika disahkan, ia akan membawa kepada siasatan penuh terhadap Perdana Menteri, kata agensi berita itu.\rPerbicaraan Tarantini dan lapan orang lain di Bari, selatan Itali, belum membuktikan Berlusconi melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.\rTindakan mengupah pelacur tidak menyalahi undang-undang di Itali dan Berlusconi sehingga ini menjadi saksi kes.\rPemimpin berusia 74 tahun itu sudah menghadapi pelbagai kes perundangan, termasuk dituduh membayar untuk seks dengan seorang penari kelab malam, Karima El Mahroug yang terkenal dengan nama Ruby the Heart Stealer ketika wanita itu berada di bawah usia.\r\n\n\n\n\rBeliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa untuk membebaskan penari itu daripada tahanan polis selepas ditahan kerana disyaki mencuri. Sesi keterangan kes itu seterusnya ialah pada 3 Oktober.   AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052645 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list