STESYEN KERETAPI BAWAH TANAH DI MOSCOW.
Dalam entri saya sebelum ini saya ada memuatkan gambar tempat-tempat menarik di Iran.
Kini saya paparkan pula kecantikan senibina stesyen keretapi bawah tanah di Moscow, Russia. Sungguh saya amat kagum dan terkesima dengan keindahan setiap stesyen yang ada. Kalau dekat-dekat macam Rembau, mahu saja saya pergi melawat ke sana minggu depan.
Selama ini saya ingatkan Rusia itu mundur dan daif. Sungguh berjaya propaganda negara kapitalis barat merosakkan fikiran saya. Lihatlah gambar-gambar di bawah. Ia dihantar oleh rakan sekuliah saya di Universiti Malaya.
Nikmatilah keindahannya.
Amacam ? Jauh sangat bezanya dengan stesyen keretapi kita di Malaysia kan ! Terasa negara kita macam negara sedang membangun pulak.
|