|
Lestari Alam berkumandang dalam puisi dan lagu pada Malam Puisi Riong BH-UTM\rJUDUL puisi Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Zaini Ujang, \'terbongkar\' juga pada Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-UTM, Sabtu lalu, meskipun yang mendeklamasikannya ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Prof Datuk Dr Tajuddin Ninggal.\r\n\n\n\n\rKetidakupayaan untuk menghadirkan diri kerana ada urusan rasmi lain pada saat akhir yang perlu didahulukan, tidak menghalang Prof Zaini menitipkan pesan agar Prof Tajuddin mendeklamasikan puisi pilihannya, Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar karya Sasterawan Negara (SN), Allahyarham (Dr) Usman Awang.\r\r\n\n\n\n\nProf Tajuddin menjayakan pesan ketuanya itu dengan penampilan mesra, sekali gus membuktikan dirinya juga berbakat dalam dunia deklamasi puisi, lalu puisi sinis Usman yang menyindir sifat tamak dan tidak bertanggungjawab manusia, tampak menyengat meskipun dengan penampilan mesra lagi bersahaja tokoh itu.\rTapi manusia kota ini telah membunuh kehijauan alam\rSemata-mata untuk mengejar kehijauan ringgit\rSejak lumpur kota ini menjadi batu-batu\rKami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu.\rMendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah\rBurung merbuk telah ditipu dengan nama padang merbuk\rSedang mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakan sangkar.\rPenampilan personaliti TV3 yang baru menamatkan zaman bujangnya, Ahmad Fedtri Yahya, menghidupkan majlis malam itu dengan celoteh bersahaja sehingga jurukamera, seorang pelajar dan beberapa deklamator tidak terlepas daripada usikan mesranya.\rMeskipun sedar mereka ‘disakat’ Ahmad Fedtri, baik jurukamera mahupun pelajar yang diminta secara spontan mendeklamasikan sepotong puisi dengan gaya mereka sendiri, tidak seorang pun menolaknya dan menjawab semua soalan diajukan sehingga penyanyi lagu puisi, Ahmad Ramli, tidak sedar busananya juga menjadi bahan usikan!\rAhmad Ramli memberi kelainan pada malam itu dengan menyampaikan puisi Pohon karya Sasterawan Negara (SN) Ke-6, Prof Dr Muhammad Salleh dalam irama keroncong, di samping Harga Remaja sebagai tanda kenangannya kepada mahasiswa UTM memandangkan beliau juga anak didik universiti terbabit, selain Sajak Untuk Pon Mariam (SN Ke-11 Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala) yang menjadi ‘tanda dagang’ lagu puisi penyanyi itu.\rAhli kumpulan Kopratasa, Sani Sudin, membuai khalayak Malam Puisi Riong BH-UTM dengan gaya ‘gila-gilanya’ ketika menyanyikan lagu puisinya, Mana Sajakmu bernada sinis dan ‘mengejek’ kelompok penyajak sendiri, di samping lagu barunya, Serbuk Cinta. \rPersembahan duet pelajar dari Unit Kebudayaan UTM, Muttaleeb Mizad dan Saifullah Azami, Basikal Tua dengan penampilan khas warga UTM yang berbasikal sambil mengibarkan bendera Malaysia membuatkan khalayak bersemangat dan turut sama mendendangkan lagu malar segar nyanyian asal Allahyarham Sudirman Arshad itu.\rDengan persembahan bersahaja dan suara memikat, nampaknya kedua-dua pelajar itu sememangnya mempunyai bakat besar dalam bidang seni sehingga lagu Hijau nyanyian asal Zainal Abidin yang menepati Lestari Alam sebagai tema Malam Puisi Riong BH-UTM, juga sesuai dengan Kempen Alam Sekitar UTM sejak tahun lalu, tampak segar lagi bertenaga.\rSuara lantang penyair muda kelahiran Johor, Amni Jagat, ketika mendeklamasikan puisinya, Khazanah Kekasih Adikara, selari dengan amaran keras pemuisi itu menempelak manusia yang sanggup menggadai keindahan alam demi kepentingan peribadi.\rDari mana datangnya jentolak kuning yang bersalut emas neraka\rSiapa petualangnya yang mencemari lubuk alam tapi lestari\rSehingga terbunuhnya gurindam martabat harmoni\rAdakah atas sogokan promordenisasi\rAdakah atas minda intelektualisasi\rSegala pincang kejam ini berlaku\rAlam ini milik kasih adikara\rBukan milik dusta manusia alpa.\rJohan Deklamasi Puisi, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) Peringkat Kebangsaan 2002, 2006, 2008 dan 2010, Sarjan Yusof Ramji, membawa kelainan dalam persembahan apabila menggunakan gendang ketika menyampaikan serangkap gurindam sebelum menyampaikan puisi ciptaannya, Segudang Ringgit.\rPuisi bersahaja tetapi sarat kritikan sosial mengenai ketamakan segelintir manusia yang sanggup berbuat apa saja demi mengejar wang ringgit.\rMajlis malam itu turut menerima sentuhan Presiden Persatuan Mahasiswa Antarabangsa UTM yang berasal dari Somalia, Saeed Mohamed yang meluahkan rasa syukur berada di negara ini yang makmur, aman dan damai berbanding negaranya yang dilanda penderitaan dan kebuluran ekoran perang saudara tanpa penghujung, ketika mendeklamasikan Malaysia.\rMalaysia\rTidak berkedip mataku memandangmu\rSaat pertama kali kita bertemu\rKetika itu aku jatuh hati padamu\rBetapa indahnya bumimu.\rMalaysia\rTanpa kusedari\rAku mencintaimu\rAku ingin tetap bersamamu\rAku harap engkau sudi menerimaku.\rPenampilan istimewa kartunis terkenal tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat yang pernah berkhidmat sebagai wartawan jenayah Berita Harian, menyebabkan lebih 1000 khalayak tersenyum dengan telatah lucunya ketika menceritakan pengalaman menaiki teksi bagi mewawancara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.\r“Saya tidak pandai mendeklamasi puisi, tetapi saya mahu berkongsi pengalaman menaiki teksi yang ketika itu, tambangnya bermula dengan 40 sen. Setiap kali meter naik pada kadar 20 sen akan kedengaran satu bunyi dan setiap kali itu juga darah saya akan berderau kerana duit saya tidak banyak di saku.”\rPenyanyi muda yang juga Peserta Akademi Nasyid Musim 2008, Mohd Shukri Mohd Tajudin atau lebih mesra dengan panggilan Cicik, berkongsi dengan khalayak dua lagu popular, Ikhlas Tapi Jauh dan Berita Dari Kawan, sambil diiringi petikan gitarnya. \rPengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid, Tangisan Senja Untuk Bumi karya Amni Jagat, manakala Kemala tampil dengan Kasyaf Danau dan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2009, Rahman Shaari (Harga Remaja dan Pesan Abu Bakar).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|