View: 189|Reply: 0
|
Ronaldo tak sesuai diikuti kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Bekas kekasih sifatkan bintang Real Madrid kacak tetapi bodohMADRID: Bekas teman wanita Cristiano Ronaldo, Nereida Gallardo menyifatkan bintang bola sepak itu sebagai seorang lelaki kacak tetapi bodoh selain tidak boleh menjadi contoh kepada kanak-kanak.\n\n\n\nMalah, model kelahiran Sepanyol itu menegaskan bahawa suaminya jauh lebih hebat di ranjang berbanding bintang Real Madrid berusia 26 tahun itu.\n\n\n\n\n\n“Ronaldo seorang yang terlalu ego. Dia juga tidak terlalu bijak,” katanya.Ronaldo sebelum ini mengakhiri hubungannya dengan Nereida, 27, hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 2008 selepas Nereida sendiri mengakui bahawa dia ada menjalinkan hubungan dengan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.Satu sumber rapat dengan Ronaldo ketika itu berkata: “Hubungan lalu teman wanitanya itu diketahui Ronaldo di mana dia langsung tidak mengetahui mengenainya sebelum ini dan dia amat kecewa.”Rakan rapat pemain kelahiran Portugis itu pernah memberitahu The Sun bahawa dia sendiri sudah bosan untuk meneruskan hubungan dengan Nereida.\n\n\n\nWalaupun sudah berpisah dengan Ronaldo, Nereida dilihat masih lagi memakai cincin berlian yang dibeli Ronaldo.Minggu lalu bekas pemain Manchester United itu mendakwa bahawa beliau disorak penyokong lawannya kerana dia seorang yang ‘kaya, kacak dan pemain yang hebat.’Ronaldo yang kini berpacaran dengan model Russia, Irina Shayk mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun. Tetapi bintang bola sepak berkenaan tidak pernah mengesahkan siapa ibu kepada anaknya yang dinamakan Cristiano itu. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|