CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Mesti Tonton: Penamat kurang mengesankan

[Copy link]
Post time 1-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Info: \rFilem: Abduction\rArahan: John Singleton \r\n\n\n\nGenre: Aksi, Misteri\rPelakon: Taylor Lautner, Lily Collins, Alfred Molina, Jason Isaacs, Maria Bello, Sigourney Weaver, Elisabeth Rohm, Michael Nyqvist, Freema Agyeman, Aunjanue Ellis, Antonique Smith dan Denzel Whitaker.\rDurasi: 1 jam 46 minit\r\n\n\n\n\nTarikh tayangan: 22 September 2011.\rAPA yang anda rasakan jika tiba-tiba mendapati ibu dan bapa yang membesarkan anda selama ini bukanlah ibu bapa kandung sebenar? Itulah konflik yang melingkari hidup seorang pemuda, Nathan Price, apabila mengetahui dia bukan anak kandung kepada pasangan Kevin dan Mara Harper. \rLebih memeritkan, usahanya untuk mencungkil identiti diri yang sebenar mengheretnya ke kancah dunia jenayah yang tidak diketahui puncanya. \rPendedahan identiti sebenar Nathan bermula apabila dia terlihat gambarnya sewaktu kecil yang disenaraikan sebagai kanak-kanak hilang di internet. Dia juga sering dibayangi mimpi aneh yang menghantui tidurnya.\r\n\n\n\n\rSekelip mata kehidupannya berubah apabila dia menjadi buruan kumpulan penjenayah dan ejen penyiasat, menyebabkan Nathan terpaksa melarikan diri demi menyelamatkan nyawa. Secara tidak sengaja, dia turut mengheret satu-satunya insan yang dipercayai, Karen yang juga jirannya dalam pelarian berkenaan.\rAbduction hadir sebagai sebuah filem aksi yang mendebarkan, penuh dengan babak suspen yang membuatkan penonton berteka-teki apakah sebenarnya yang terjadi kepada watak utamanya? Filem arahan John Singleton ini nyata mampu menyajikan sebuah cerita yang menarik lagi menghiburkan.\rDitambah dengan lakonan berkesan Taylor Lautner, bintang Twilight yang semakin mendapat tempat dalam dunia lakonan, filem ini dilihat meyakinkan. \rLautner mampu muncul sebagai bakat baru yang mempunyai masa depan gemilang dalam lakonan, seperti yang pernah dikecapi Matt Damon, sehingga diangkat antara bintang aksi masa kini menerusi siri filem Bourne. Lebih-lebih lagi, kedua-duanya mempunyai aura serta penampilan yang hampir sama. \rSebagai Nathan, Lautner berjaya memperlihatkan watak anak muda yang sukar mempercayai setiap individu yang dekat dengannya, justeru dia tekad menjejaki ibu bapa kandungnya di samping merungkai situasi serta konflik yang dihadapi.\rDengan setiap pergerakan diekori, Nathan akhirnya menyelesaikan teka-teki sukar itu apabila dia mengetahui ibu bapa kandungnya yang sebenar ialah ejen risikan persekutuan yang memiliki kod senarai nama penjenayah. Pasangan Kevin dan Mara pula ialah ejen rahsia yang ditugaskan bapa Nathan untuk menjaganya dari kecil, selepas kematian ibunya.\rBiarpun berupaya menimbulkan pelbagai persoalan di minda penonton sejak awal cerita, namun penamatnya bagai dibuat secara tergesa-gesa sehingga membantut penghayatan. Sayang sekali kerana penghujung cerita ini sedikit menghampakan, sedangkan rencah yang dimuatkan di dalam filem aksi ini dilihat begitu meyakinkan.\rBagi yang menggemari filem aksi, filem bernilai RM120 juta ini mula menjengah ke panggung seluruh negara sejak 22 September. \rSelain Lautner, memperkuatkan filem tulisan Shawn Christensen ini ialah Lily Collins, Alfred Molina, Jason Isaacs, Maria Bello, Sigourney Weaver, Elisabeth Rohm dan Michael Nyqvist.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8766 Replies : 72
????????แทงบอลเว็บไหนดี????(Line: @222c) ????แทงบอลยูโรออนไลน์ UFABET222 ????????
Pimpilai????????แทงบอลเว็บไหนดี??
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 220043 Replies : 5385
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 3149 Replies : 44
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17231 Replies : 82
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27313 Replies : 110
Hati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
lucky_peaceHati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
Views : 45737 Replies : 134
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73826 Replies : 327
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19858 Replies : 103
iols Busy....uols Busy Tak?
Ximiols Busy....uols Busy Tak?
Views : 15577 Replies : 70

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.604529 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list