View: 231|Reply: 0
|
Puteri Charlene perlu masa
[Copy link]
|
|
Masih belum dapat sesuaikan diri jalankan tugas diraja sepenuh masa\rLONDON: Puteri Charlene yang baru mengahwini pasangannya, Putera Albert II dari Monaco menegaskan bahawa beliau akan menjalankan tugas diraja dengan caranya sendiri tetapi mengakui bahawa tanggungjawab itu memerlukan banyak masa untuk dilaksanakan.\r\n\n\n\n\rDalam satu temubual dengan akhbar Daily Telegraph semalam, wanita berusia 33 tahun yang berasal dari Afrika Selatan itu mengahwini Putera Albert II pada Julai lalu ketika akhbar British melaporkan bahawa beliau cuba untuk melarikan diri sebelum hari besar berkenaan.\r\r\n\n\n\n\nPasangan berkenaan berkahwin beberapa minggu selepas Putera William dan Catherine Middleton melangsungkan perkahwinan mereka, tetapi Charlene enggan membuat sebarang perbandingan membabitkan kedua-dua mereka dengan berjanji untuk melakukan semua perkara mengikut caranya sendiri.\r“Saya rasa bagi seseorang yang tinggal di sebuah negara baru dan menjalani satu gaya hidup baru, ia adalah satu peranan berbeza,” katanya kepada akhbar British terbabit pada minggu terakhir Minggu Fesyen Paris.\r“Saya baru belajar. Saya seorang perenang Olimpik, saya hidup dalam pakaian renang dan saya sering menjelajah,” katanya.\rCharlene menjangkakan bahawa tugas diraja beliau akan menjadi satu pekerjaan sepenuh masa tetapi beliau perlu mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan itu.\r\n\n\n\n\rRakyat Afrika Selatan itu mengakui bahawa bahasa Perancisnya juga tidak terlalu lancar tetapi yang akan menjadi lebih baik dalam tempoh terdekat.\rMalah puteri diraja itu turut bertanyakan ‘kenapa?” ketika dimaklumkan Telegraph mahu menemubual beliau dan sambil berjenaka berkata beliau ‘bercakap dengan musuhnya’ yang menyiarkan berita mengenai dirinya sebelum perkahwinan dilangsungkan.\rPutera Albert dan kerajaan Monaco sebelum ini mengkritik media yang menyebarkan apa yang disifatkan mereka sebagai khabar angin.\rDakwaan bahawa Charlene cuba untuk melarikan diri beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diraja itu ditolak oleh pihak istana dan Albert sendiri.\rMedia melaporkan bahawa Puteri Charlene terganggu ketika persediaan majlis mewah berkenaan dan mahu pulang ke negara asalnya selepas khabar angin menyatakan mengenai kisah kecurangan putera itu. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|