CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Peminat jadi perunding imej

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dafi anjur pelbagai acara, terbit buletin demi penyokong setia\rJEJAKA bernama Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi sememangnya tidak pernah melupakan peminatnya. Ada saja cara dia menghulurkan tanda terima kasih buat penyokong karier seninya, sama ada menerusi penganjuran acara mahupun pertemuan khas, ataupun dengan mengundang insan istimewa dalam hidupnya itu ke majlis pelancaran produknya.\r\n\n\n\n\rSejak kemunculannya dalam program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) sehinggalah sekarang, Dafi dan pengurusannya tidak putus-putus menganjurkan majlis untuk meraikan kalangan peminat. Maka tidak hairanlah jika ramai yang sudi menjadi anggota kelab peminat penyanyi ini, menyedari mereka mempunyai peluang sama rata untuk dilayan sebaiknya.\r\r\n\n\n\n\nKetika ini, kira-kira 5,000 peminat selesa berada di bawah Dafi Fun Club (DFC). Tentunya ia bukan jumlah yang kecil buat penyanyi yang masih lagi di alam remaja.\rTerbaru, Dafi mengadakan acara rumah terbuka Laugh Out Loud Entertainment dengan kerjasama DFC, antara cara yang dirasakannya mampu merapatkan hubungannya bersama peminat tersayang.\rBekas pelajar Universiti Teknologi Kreatif, Lim Kok Wing, ini berkata sebagai artis, dia cukup mengagumi peminatnya dan tanpa peminat dia tidak akan berada di landasan seni pilihannya itu.\r“Ini tahun kedua saya mengadakan majlis rumah terbuka dan ia akan diteruskan lagi selepas ini. Saya menganggap penganjuran acara seperti ini mengeratkan hubungan antara artis dan peminat. Mereka bukan saja peminat saya malah sudah seperti adik-beradik dan sahabat,” katanya sambil memberitahu, kira-kira 100 peminat hadir pada majlis rumah terbuka yang dianjurkannya hari itu, bermula jam 4 petang hingga 11 malam.\r\n\n\n\n\rKata penyanyi yang turut bergelar pelakon ini, masa panjang diluangkan bersama peminat bagi memberikan peluang kepada semua peminatnya yang bekerja untuk sama-sama memeriahkan acara.\r“Tahun ini saya dapat idea untuk memanjangkan masa untuk berjumpa peminat kerana ada yang merungut tidak dapat hadir ke majlis saya sebelum ini. Jadi bagi peminat yang tidak dapat hadir siang, mereka boleh datang pada waktu malam,” katanya.\rMenganggap peminat sebagai teman setianya, Dafi berkata sebagai artis, dia lebih senang bersahabat dengan peminatnya selain menganggap insan yang berada di hatinya itu sebagai perunding imej dan pembentuk peribadinya.\r“Saya lebih suka peminat menegur saya. Tegur saja sikap saya yang mungkin keterlaluan, daripada mendiamkan saja perlakuan yang mungkin tidak membuatkan mereka selesa.\r“Ada juga peminat yang menjadi perunding imej saya. Mereka mencadangkan pakaian, gaya rambut dan imej yang difikirkan selesa untuk dipandang semua orang,” katanya yang memegang sikap terbuka dalam kehidupan yang dilaluinya.\rKesemua itu turut dibuktikan dengan kelahiran kedua buletin Dafinites yang diusahakan oleh DFC serta Laugh Out Loud Entertainment, yang mungkin menjadi nostalgia dan saksi kepada kesungguhan penyanyi berkulit putih ini dalam menyanjungi peminatnya.\r“Buletin ini sudah dikeluarkan sebanyak dua kali. Ia sebuah buletin yang menggabungkan kisah dan program yang saya jalani bersama peminat. Ini hasil usaha peminat. Apa saja program yang dilalui, akan dimasukkan dalam buletin ini dan kami menerbitkannya pada setiap tahun,” katanya.  \rNyanyian masih diutamakan\rBERBICARA berkenaan album baru, Dafi berkata, dia berharap dapat menerbitkan album dalam masa terdekat. Namun semua itu masih dalam proses perancangan dan istimewanya, Dafi akan mengadakan siri jelajah mini di seluruh negara sebagai cara mendekati peminat.\r“Sejujurnya, album kali ini masih dalam perancangan. Saya akan tampilkan beberapa lagu dalam genre muzik yang berbeza mengikut selera peminat. Ada yang berentak laju dan ada yang perlahan bagi memikat selera semua orang,” katanya yang berharap kelahiran album terbaru itu nanti akan diterima ramai.\rDek hakikat dirinya masih mencari material terbaik, perancangan itu terpaksa ditangguhkan hingga tahun depan. \r\"Dafi tidak kisah mengambil masa yang lama asalkan hasilnya nanti sesuatu yang berkualiti dan disukai pendengar. Ini kerjaya Dafi dan Dafi ingin buat yang terbaik untuk semua orang,\" tegasnya.\rBerkongsi rasa, Dafi berkata, jika tahun lalu banyak melihat penglibatannya dalam drama, manakala sebahagian besar 2011 pula menyaksikannya di pentas teater, sekarang masanya untuk dia memberi fokus pada kerjaya nyanyian. \rDia juga ingin menghasilkan klip video serta mengadakan sesi jelajah seluruh negara.\r\"Cinta pertama Dafi adalah menyanyi. Hakikat itu tidak akan berubah. Sukar untuk Dafi jelaskan, tetapi apabila Dafi berdiri di pentas dan menyanyi, ia adalah satu perasaan yang sukar dimengertikan,\" katanya tersenyum.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042953 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list