CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

Menggetarkan jiwa

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aizat tawan DFP dengan lagu popular, kekuatan vokal\rBAKAT seninya mula dikesan di sebuah pentas yang agak kecil iaitu di Dewan Sivik di Petaling Jaya. Waktu itu penyanyi bernama Muhammad Aizat Amdan ini sedang mencari tapak dalam bidang seni dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia.\r\n\n\n\n\rDari tapak seorang bakat baru, Aizat melebarkan pengaruhnya apabila lagu Hanya Kau Yang Mampu berjaya meletakkan dirinya di dalam kelompok penyanyi hebat tanah air. Kejayaan demi kejayaan yang diraihnya menyebabkan peluang Aizat untuk beraksi di tempat yang lebih berprestij luas terbuka.\r\r\n\n\n\n\nKonsert Satu Suara yang dijayakannya tahun lalu bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir memberi ruang untuk Aizat menonjolkan bakatnya di lokasi yang menjadi idaman ramai iaitu Panggung Sari, Istana Budaya.\rMalam kelmarin, jejaka berusia 22 tahun ini mencatat sejarah peribadi dalam kalendar kerjaya seninya apabila berpeluang mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas pula, yang diketahui cukup eksklusif dan hanya mereka yang benar-benar bertuah berpeluang beraksi di lokasi itu.\rBukan calang-calang penyanyi yang mampu untuk berdiri di pentas itu, dan ternyata, bakat serta usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu berjaya membawa langkah Aizat ke situ.\rMembuka tirai persembahan sekitar jam 8.40 malam, anak kelima daripada enam beradik ini memilih lagu Susun Silangkata sebagai lagu pertama. Susunan muzik yang menarik dengan lirik yang penuh bermakna itu berjaya membangkitkan mood di kalangan penonton.\r\n\n\n\n\rSambil diiringi 12 pemuzik dan dua penyanyi latar, Aizat mencanai jiwa penonton dengan alunan melodi yang kebanyakannya adalah hasil ciptaan bersama abangnya, Anas. Lagu rancak seperti Fikirlah, Kau dan Aku, Years From Now serta Kau dan Aku dituang kepada penonton yang begitu mendambakan persembahan bertenaga daripadanya.\rTampil dengan imej ringkas iaitu berseluar jeans ketat dan kemeja rona merah, Aizat memperlahankan seketika momentum persembahannya dengan menyanyikan lagu Hanya kau Yang Mampu dengan diiringi petikan piano Belle Fatah. Tidak dinafikan vokal Aizat kala menyanyikan lagu ini cukup menggetarkan jiwa, sehinggakan dia mendapat tepukan gemuruh sebaik saja selesai menyanyikan lagu itu.\rSambutan menggalakkan yang diterimanya disambut anak muda ini dengan penuh teruja.\r\"Terima kasih kerana hadir pada malam ini. Saya begitu teruja kerana sudah lama saya mahu mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas. Baru sekarang impian itu tercapai,\" ujarnya.\rAizat bijak membaca selera penonton. Barangkali, pengalaman mengadakan persembahan dan juga konsert bergerak sebelum ini membuatkan dia tahu apa yang dimahukan penggemarnya. \rSeperkara yang menjadikan Aizat penyanyi yang istimewa ialah vokalnya yang ampuh serta penghayatannya dalam mengalunkan bait lirik cukup puitis. Itulah kelebihannya apabila seorang penyanyi mendendangkan sendiri lagu ciptaannya. \rMesejnya sampai, umpama anak panah yang menembusi tepat ke dasar hati. Sayu rasanya apabila dia menyanyikan lagu Pergi dan Lagu Kita yang diakui kuat dari segi melodi dan seni katanya.\rPada malam itu, penonton yang hadir cukup bertuah kerana bukan saja disajikan dengan lagu popularnya, tetapi mereka juga berpeluang mendengar lagu terbaru bertajuk Jerrypah.\r\"Buat masa ini judulnya ialah Jerrypah. Lagu ini mengisahkan si lelaki yang sanggup membuang egonya demi seorang wanita. Insya-Allah, ia akan dimuatkan dalam album saya akan datang,\" ulasnya mengenai lagu rancak yang mempunyai pengaruh muzik kumpulan The Beatles, yang amat dikaguminya itu.\rSebagai tribute kepada kumpulan Alleycats, dia juga menyanyikan kembali lagu Senyumlah Kuala Lumpur dengan versi baru. Untuk menutup persembahan, Aizat memilih lagu kumpulan Dewa, Hadapi Dengan Senyuman sebelum meninggalkan pentas.\rSecara keseluruhan, persembahan yang memakan masa hampir 80 minit itu berjaya meletakkan Aizat ke satu lagi aras yang lebih tinggi daripada kedudukannya sekarang.\rCuma apa yang perlu diperbaiki selepas ini ialah kemahiran komunikasinya dengan penonton. Sepanjang persembahan, ada ketika Aizat seperti tenggelam punca. Sepatutnya dalam persembahan sebegitu, sedikit sebanyak Aizat perlu bersedia, apakah bahan yang perlu disampaikan kepada penonton supaya ia tidak sampai mengganggu tumpuannya.\rUntuk menjadi penghibur yang baik, bukan saja pandai menyanyi dan mencipta lagu tetapi juga mempunyai kemahiran berinteraksi dengan penonton. Apapun tahniah buat Aizat kerana berjaya menawan pentas berprestij itu selepas Yuna.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046663 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list