CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Godam: 'Ondeh-ondeh pilihan raya'

[Copy link]
Post time 6-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KETIKA sebahagian besar daripada rakyat Malaysia tidak kira status kehidupan memberi tumpuan kepada Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan esok, penulis dan beberapa teman diskusi terbuka selera memilih juadah kuih Melayu, ondeh-ondeh, sebagai pembuka selera minum petang semalam.\rSegala-galanya bermula dengan kenyataan seorang teman, “Salbiah kau nampak tak ‘rahsia’ di sebalik ondeh-ondeh yang kita makan? Bentuknya bulat disalut kelapa parut sebagai daya tarikan, manakala tepungnya berwarna hijau muda terasa lemak kerana digaul garam dan nampak menyelerakan, selain di dalamnya gula merah sebagai pemanis rasa.”\r\n\n\n\n\rPertanyaan teman itu, penulis jawab dengan kisah, “Aku ada pengalaman melucukan dengan ondeh-ondeh. Pertama ketika malam penutup orientasi di universiti, seorang teman terkena gula yang memancut keluar, sebaik aku menggigit kuih itu kerana takut tercekik ketika menikmatinya.\r\r\n\n\n\n\n“Niat berhati-hati aku itu menjadi senjata makan tuan dan tindakan segera memohon maaf berkali-kali menyebabkan teman sekuliah hanya bermuka kelat ekoran peristiwa itu, meskipun mungkin di dalam hati sudah berkoyan-koyan sumpah seranahnya kepada aku.\r“Satu lagi peristiwa ketika menjamu selera sebaik selesai satu majlis dan aku hampir mati tercekik kerana menelan sebiji ondeh-ondeh, gara-gara terkenangkan peristiwa pancutan gula kuih itu pada zaman di universiti, tetapi masih hidup sampai sekarang kerana Allah sayangkan aku.”\rTeman minum petang penulis tersenyum mendengar kisah itu dan meneruskan falsafahnya mengenai ondeh-ondeh yang dijadikan metafora bagi menghuraikan gelagat kumpulan dan individu tertentu negara ini dalam hal kebahasaan.\r“Sebenarnya aku geram dan bengang dengan sikap sesetengah orang Melayu yang macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan bersikap lebih sudu daripada kuah dalam hal mengangkat bahasa Inggeris di negara ini.\r\n\n\n\n\r“Macam-macam strategi mereka atur untuk menyerang bahasa Melayu agar lupus daripada menjadi bahasa ilmu pengetahuan, meskipun hakikatnya haknya sudah termaktub dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara.\r“Tak cukup dengan salakan bermati-matian agar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihidupkan semula, meskipun Kabinet sudah memutuskannya pada 2009 ia diberhentikan, desakan dibuat pula agar aliran Inggeris dihidupkan di sekolah kebangsaan!\r“Kalau betul pun nak sangat bahasa Inggeris menjadi bahasa segala-galanya dalam kehidupan mereka, hantar saja anak masing-masing ke sekolah swasta dan antarabangsa yang bersepah di negara ini dan tidak terikat dengan Akta Pendidikan mahupun Dasar Pendidikan Negara.”\rJika teman itu geram dan bengang, penulis nak termuntah hijau dengan sikap buat-buat tak reti kelompok Melayu ini akan hakikat sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya bangsa mereka sendiri, masih terhegeh-hegeh membaiki taraf hidup ekoran tercicir dalam pendidikan. \rGolongan kelompok inilah yang paling merasai keperitan dalam kos sara hidup negara yang semakin mencekik bukan saja nafas, malahan tulang-belulang mereka sehingga makan tak kenyang, tidur tak lena, tak senang duduk, tak senang berdiri, memikirkan hari esok kehidupan!\rKelompok menengah atas dan yang berjaya mendaki tangga ekonomi negara seperti tidak punya simpati betapa kelompok malang yang tewas dalam perjuangan akademik kerana masalah penguasaan bahasa, terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan serba daif!\rDengan hanya berbekalkan Sijil Darjah Enam, Sijil Tingkatan Tiga, Sijil Pelajaran Malaysia, tidak lagi menjamin peluang pekerjaan apalagi bergaji lumayan ekoran lambakan tenaga buruh asing yang sentiasa membanjiri pasaran guna tenaga negara yang seperti lalat menghurung tahi! \rHatta, lulusan diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang tertentu, kini juga tergagau-gagau mencuba nasib dalam percubaan meletakkan diri sebagai orang berpelajaran yang sepatutnya punya pekerjaan dengan gaji mampu lepas hidup sebulan.\r“Itulah Salbiah, nak kata tak bijak, individu yang menggerakkan usaha menghancurleburkan bahasa Melayu nampak terlebih bijaksana daripada orang macam kita, cuma tak mahu buka hati untuk Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).\r“Tiada siapa rugi melalui MBMMBI kerana kedua-dua bahasa akan dikuasai pelajar sekolah negara ini, selain berpeluang mengikuti Sains dan Matematik dalam bahasa yang lebih dikuasai dengan kemungkinan untuk lulus cemerlang lebih tinggi untuk lebih ramai pelajar.\r“Tidak teringinkah kelompok menengah atas ini melihat keadaan ini menjadi kenyataan dan melihat lebih ramai pelajar ditawarkan kursus pengajian dengan nilai ekonomi lebih tinggi di pusat pengajian tinggi negara ini?” soal teman ini.\rMeskipun tidak tahu sejauh mana perjuangan memartabatkan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa rasmi dan pendidikan di negara ini akan berakhir, penulis masih menaruh harapan dengan ‘janji’ Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.\r“Salbiah sebenarnya aku bimbang selepas jaminan diberikan Muhyiddin tidak akan wujud sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, akan ada pula percubaan ke arah gerakan itu.\r“Maklum saja orang politik yang sering ‘tercekik’ ekoran lobi-melobi menjelang Pilihan Raya Ke-13. Macam kau yang tercekik ondeh-ondeh kerana tertipu dengan ‘rupa paras’ juadah itu yang tampak menarik luarannya.\r“Begitu juga dengan kelompok yang mahu memartabatkan bahasa Inggeris dalam segala benda di negara ini, atas seribu satu macam alasan yang ‘dibungkus’ kemas daripada aspek luaran, tanpa mengetahui kemungkinan berulat di dalamnya, sehingga tampak terlalu logik dan wajar ditolak.”\rHendaknya gundah teman ini tidak disusuli dengan realiti kerana nasib bangsa, bahasa dan negara kini terletak kepada kebijaksanaan pemimpin politik negara menilai kerana sejarah negara sudah membuktikan kelompok mana yang lebih setia dalam memberi undi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.169914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list