|
Hadiah Nobel: Siapa calon pilihan?Oleh Hafizah [email protected]/10/06\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSIAPA yang bakal dinobatkan pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan tahun ini? Mungkinkah kejayaan menumbangkan pemerintahan rasuah dan pincang yang menyebabkan mata penilai Hadiah Nobel (Kesusasteraan) tahun ini terarah kepada penulis dari Asia Tengah?\rAntara ya dan tidak, namun setiap tahun nama penyair Syria, Adonis (Ali Ahmad Said Asbar) dan Korea Ko Un (Ko Untae) tidak pernah gagal disebut-sebut sebagai bakal pemenang. Bagaimanapun, hingga kini kedua-duanya tercicir daripada senarai, tetapi apakah Khamis ini menyaksikan mereka diumumkan sebagai pemenang.\r\n\n\n\n\rSebaik saja Akademi Sweden yang bertanggungjawab mengendalikan Hadiah Nobel (Kesusasteraan) mengumumkan, pemenangnya sekali lagi terarah kepada Adonis dan Ko Un. Adakah kejatuhan Zine El Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak, selain pergolakan di Syria ketika ini memberi kelebihan kepada Adonis untuk diangkat sebagai pemenang?\r\r\n\n\n\n\nTidak diketahui secara khusus kayu ukur pemilihan pemenang hadiah nobel. Bagaimanapun berdasarkan perdebatan dan perbincangan mengenainya di laman web dan rencana agensi berita luar negara, Adonis muncul calon kegemaran. Malah pertaruhan agensi perjudian Britain Ladbroker, memilih Adonis sebagai pemenangnya.\rSebenarnya tanpa faktor politik, Adonis sememangnya antara calon kegemaran. Berkarya dalam bahasa Arab, Adonis atau Adunis cukup dikenali di Lubnan dan Perancis. Beberapa koleksi puisinya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris antaranya, Adonis: Puisi Terpilih yang disenarai pendek untuk Hadiah Puisi Griffin 2011.\rAdonis juga pernah dianugerahkan Hadiah Puisi Antarabangsa Nazim Hikmet, Hadiah Penyair Terbaik Syria-Lubnan dan hadiah tertinggi di International Poem Biennial, Brussels, selain dipilih sebagai ahli Akademi Stephen Mallarne Paris pada 1983.\rPerjalanan hidupnya juga berliku, pernah dipenjara kerana fahaman politik berbeza, tetapi Adonis tidak berhenti berkarya. Sebaik dibebaskan, dia bersama-sama penyair Lubnan Yusuf al-Khal mengasaskan majalah puisi ( Shi’r). Di majalah itu dia melontarkan pandangan dan kritikannya tentang negara Arab dan semangat nasionalismenya. \r\n\n\n\n\rAdonis dianggap sebagai pengasas aliran neo-sufi dalam puisi moden Arab dan nama penting apabila memperkatakan puisi moden Arab, namun kenyataannya, Adonis hanyalah antara calon pilihan. Nama lain yang turut disebut-sebut ialah penyair Sweden, Tomas Transtromer; Assia Djebar (novelis Algeria), Haruki Murakami (Jepun), Bei Dao (China) dan K Satchidanandan (India).\rAdonis, Ko Un, Transtromer, Bei Dao dan K Satchidanandan memiliki persamaan. Kesemua penyair. Kali terakhir penyair diangkat sebagai pemenang Hadiah Nobel (Kesusasteraan) ialah 15 tahun lalu apabila penyair Poland, Wislawa Szymborska diumumkan sebagai pemenang. Justeru, sentimen untuk menyaksikan penyair diangkat sebagai pemenang Hadiah Nobel (Kesusasteraan) untuk tahun ini sangat kuat dalam kalangan khalayak kesusasteraan.\rSelain sentimen untuk menyaksikan penyair diangkat sebagai pemenang kuat di kalangan khalayak, Amerika pula sangat berharap pemenang hadiah itu kali ini ialah dalam kalangan penulis atau penyair mereka. Philip Roth, 78, novelis Amerika juga antara calon pilihan.\rMalah, bagi khalayak sastera Amerika, Akademi Sweden sewajarnya tidak lagi memikirkan calon yang lain kerana resume Roth sebagai novelis cukup mengagumkan. Dikenali menerusi novel, Goodbye Columbus yang menyaksikan beliau menerima Hadiah Buku Kebangsaan pada 1959, Roth disifatkan antara pengarang berpengaruh dalam generasinya. \rRoth menerima Hadiah Buku Kebangsaan dan Hadiah Faulker, masing-masing tiga kali, Hadiah Pusingan Kritikan Buku Kebangsaan dua kali dan Hadiah Pulitzer 1997. Pada 2001, novelnya, The Human Stain dianugerahkan Buku Terbaik Hadiah Sastera WH Smith United Kingdom.\rJika bukan Roth, Amerika menaruh harapan kepada pengkritik seni, Harold Bloom, novelis Thomas Pynchon, Cormac McCarthy, Joyce Carol Oates, Don DeLillo, malahan penulis lirik, Bob Dylan! Kali terakhir Amerika memenangi Hadiah Nobel (Kesusasteraan) pada 1993 menerusi Toni Morrison.\rTahun ini, Hadiah Nobel (Kesusasteraan) menyenaraikan 77 penulis dan penyair. Pada tahun sebelum ini, hanya 25 calon disenaraikan. Pertambahan itu dilihat sebagai minat terhadap Hadiah Nobel Kesusasteraan semakin bertambah.\rDisebabkan minat yang bertambah juga, ada antara calon yang disebut-sebut layak memenangi hadiah ini dianggap sebagai di luar konteks. Antara yang paling kerap diperdebatkan ialah Bob Dylan yang didakwa layak diberi penghargaan berdasarkan kayu ukur lirik lagu ialah susunan kata-kata indah, justeru layak dianggap sebagai khazanah kesusasteraan. Pendapat itu ternyata sangat kontroversi, tetapi tidak menyekat nama Dylan disebut-sebut pada forum sastera di internet. \rSatu lagi nama yang hangat diperkatakan, tetapi kemungkinan besar tidak dipilih ialah penyair Jerman, D黵s Gr黱bein yang tinggal di Berlin. Puisi Gr黱bein kerap kali diiktiraf dalam hadiah kesusasteraan utama di Jerman termasuk hadiah paling berprestij, Georg-B點hner-Preis pada 1995. Tahun sama Gr黱bein memenangi Hadiah Huchel untuk puisi. Bagaimanapun, Gr黱bein, 49 tahun, dianggap sebagai belum layak berdasarkan usianya itu.\rDi sebalik setiap khabar angin, ada benar dan ada juga tidaknya. Lihat saja bagaimana tahun lalu wartawan, penulis dan politikus Peru, Mario Vargas Llosa, akhirnya menepis semua andaian dan spekulasi apabila diumumkan sebagai pemenang. Nama Llosa langsung tidak disenarai dalam Ladbroker, pelobi Hadiah Nobel (Kesusasteraan).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|