CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Ella memang teringin berlakon

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ligat siapkan album baru, teruja beraksi di konsert kumpulan Whitesnake\rMASIH terbayang kehebatan Ratu Rock ini sewaktu percubaan pertamanya beraksi di layar perak. Siapa yang boleh lupa akan filem Bayangan Maut dan Pemburu Bayang lakonan pemilik nama penuh Norzila Aminuddin atau lebih komersial dengan panggilan Ella ini.\r\n\n\n\n\rFilem lakonannya bersama Awie itu mendapat sambutan hangat penonton sekali gus meraih kutipan pecah panggung.\r\r\n\n\n\n\nSelepas filem itu, kelibat Ella memang tidak banyak kelihatan dalam filem. Kali terakhir dia muncul di layar perak adalah sekitar 1997 menerusi filem Hanya Kawan yang menyaksikan gandingannya dengan Hans Isaac. Meletakkan tanda noktah kepada kerjaya lakonan kerjaya seni Ella lebih banyak tertumpu kepada bidang nyanyian pada waktu. \rNamun populariti yang dimilikinya membuatkan tawaran berlakon untuknya datang mencurah-curah meskipun berkali-kali dia menolaknya dengan penuh diplomasi atas alasan mahu memberi sepenuh perhatian terhadap nyanyian yang menjadi kecintaannya selama ini.\rBukan kerana jual mahal ataupun serik, tapi kata Ella, dia terpaksa mengatakan tidak kepada tawaran yang datang kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.\r“Ella memang tak pandai berlakon dan Ella memang tak mahu menyusahkan sesiapa. Jadi selepas filem Hanya Kawan, Ella mahu lebih fokus dalam bidang nyanyian.\r\n\n\n\n\r“Lagipun kesibukan memenuhi undangan nyanyian membuatkan Ella terpaksa melupakan saja bidang lakonan,” kata penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor ini.\rNamun, selepas lebih sedekad tidak muncul di layar lebar, Ella didatangi tawaran yang menurutnya amat sukar untuk ditolak. Cerita penyanyi berperwatakan manja ini, dalam tawaran itu dia diberikan watak yang tidak memerlukan dia menjadi dirinya sendiri. \r“Ella tak boleh nak jelaskan secara keseluruhan watak Ella dalam filem ini kerana Ella belum memberikan sebarang kata putus. Tapi apa yang Ella boleh katakan, wataknya memang lain dan Ella memang suka. Ella tak perlu menyanyi seperti filem sebelum ini.\r“Buat masa ini, Ella sendiri tidak pasti apakah dapat berlakon dalam filem ini kerana Ella sekarang sedang menghasilkan album terbaru. Sudah lebih 50 peratus siap. Tak berani nak memberikan kata putus kerana Ella kena tak mahu mengganggu jadual promosi album ini nanti.\r“Apapun, Ella akan cuba berbincang dengan syarikat rakaman dan pihak pengurusan Ella. Terpulanglah nanti bagaimana keputusannya. Namun kalau ditanya, Ella memang nak sangat berlakon dalam filem ini. \r“Malah pihak produksi sendiri meminta Ella sendiri memilih siapakah pelakon lelaki yang sesuai untuk digandingkan dengan Ella,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media memperkenalkan dirinya sebagai penyanyi yang akan membuka tirai persembahan Whitesnake World Tour 2011 – Live In Malaysia di Hotel Hilton KL, petang kelmarin. \rHadir sama, promoter konsert berkenaan dari JS Concert Productions, Susan Tan dan James Siva.\rMengulas lanjut persembahannya pada konsert yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, Ella mengakui teruja kerana berpeluang berkongsi pentas dengan kumpulan kegemarannya itu.\r“Abang Ella yang minat sangat dengan kumpulan ini dan sejak dari zaman sekolah lagi, Ella sudah didedahkan dengan lagu mereka.\r“Perasaan seronok dan teruja semakin bertambah selepas Ella mendapat tahu bahawa pihak pengurusan Whitesnake sendiri yang memilih Ella untuk membuka tirai konsert ini nanti,” katanya yang meminati lagu Here I Go Again dan Is This Love nyanyian kumpulan rock British itu.\rTambahnya, persembahan selama setengah jam itu nanti akan menyaksikan Ella menyanyikan rangkaian lagu popularnya termasuk sebuah lagu baru.\rHasilkan jenama sendiri \rSETIAP kali penyanyi ini tampil di atas pentas, Ella tidak pernah lekang dengan jeans, jaket dan juga kemeja T. Malah itulah juga gayanya sejak bergelar anak seni lebih dua dekad lalu. Setiap kali dia tampil dengan gaya seperti itu, pasti akan mendapat pujian peminat.\rPertanyaan paling kerap diajukan padanya adalah mengenai jeans yang digayakannya itu. Ada saja pujian yang diberikan. Sama ada potongannya, gaya, warna dan sebagainya. Disebabkan peminatnya cukup gemar dengan jeans yang dipakainya, timbul idea untuk mengeluarkan seluar menggunakan namanya sendiri sebagai jenama.\r“Insya-Allah, Ella akan mengeluarkan seluar jenama Ella sendiri pada tahun depan. Ella mendapat inspirasi untuk menghasilkan seluar berjenama sendiri selepas peminat sering bertanyakan jeans yang Ella gayakan. \r“Seluar itu nanti sesuai dipakai untuk semua, tak kira jantina sebab Elaa mahu peminat berpeluang memiliki dan menggayakannya,” katanya dalam nada teruja.\rSementara itu, dalam diam Ella sudah mempunyai labelnya sendiri iaitu Family Tree. Sebagai permulaan, dia akan menerbitkan single yang menampilkan anak saudaranya sendiri, Kaka. \r“Dia (Kaka) memang nak jadi penyanyi. Jadi Ella nasihatkan dia, kalau betul-betul mahu menjadi penyanyi, hendaklah serius. Untuk single ini, dia lebih sesuai dengan konsep R&B,” kata Ella sambil mengakui tahun depan bakal menjadi tahun paling sibuk untuknya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.062215 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list