CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Khir didesak beri penjelasan

[Copy link]
Post time 11-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Presiden PROFIMA didakwa tidak telus soal kewangan\rBELUMPUN selesai kemelut dalam Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), sebuah lagi persatuan hiburan dikatakan sedang menghadapi masalah hampir sama.\r\n\n\n\n\rKali ini membabitkan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) pula. Isunya juga sama, iaitu berkaitan dengan pengurusan kewangan yang didakwa sebagai mencurigai sehingga menimbulkan kemusykilan kepada ahli-ahlinya. \r\r\n\n\n\n\nIni termasuklah dakwaan pemimpin PROFIMA dikatakan mengeluarkan 18 keping cek dalam satu hari yang sama iaitu 26 Mac 2010 daripada akaun persatuan membabitkan pengeluaran berjumlah hampir RM18,000. \rSedangkan mengikut perlembagaan persatuan, pengeluaran wang persatuan melebihi RM5,000 mesti dibawa diputuskan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa terlebih dahulu.\rPerkara lain yang kurang disenangi oleh ahli PROFIMA ialah apabila Presiden, Khir Mohd Nor didakwa menggunakan kuasa veto untuk apa saja keputusan mesyuarat. Sejak dipilih sebagai Presiden pada tahun 2009 hingga kini, jawatan lain dalam PROFIMA dikatakan bertaraf pemangku sahaja seperti Timbalan Presiden, Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang tidak punyai kuasa untuk membuat keputusan.\rBekas Penolong Setiausaha PROFIMA, Omar Ariffin atau Omar Kalam berkata, rasa tidak puas hati kini sudah sampai kemuncaknya apabila timbul desakan supaya Presiden mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) tetapi tidak dipenuhi seperti mana yang tertulis di dalam minit mesyuarat Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2009/2012 (AGM) pertama pada 25 September 2010.\r\n\n\n\n\r“Kami tuntut adalah Presiden mengadakan EGM dalam masa terdekat ini, agar jawatan kuasa persatuan dapat dilantik. Kita tidak mahu lagi wujud penyelewengan atau salah faham berlaku di dalam persatuan hanya kerana jawatankuasa pemangku tidak punyai kuasa membuat keputusan.\r“Biarpun saya sudah dipecat gara-gara menegur presiden, namun saya masih bersama persatuan ini kerana di dalam PROFIMA inilah kebajikan saya sebagai pekerja filem dapat dibela,” katanya ketika hadir di Balai Berita untuk ditemubual Hip.\rMenurutnya, dalam menerusi minit mesyuarat AGM pertama lalu, Presiden mengingatkan ahli mengadakan EGM bagi pelantikan AJK baru dalam tempoh sebulan namun sehingga kini EGM masih gagal diadakan biarpun sering kali didesak ahli persatuan.\r“Selagi jawatankuasa persatuan tidak dilantik semula, persatuan akan menghadapi lebih banyak masalah,” katanya.\rOmar juga mendakwa, PROFIMA tidak segera bertindak untuk memperbaharui insuran perlindungan dan keahlian persatuan merisaukan semua ahli kerana kebimbangan berlaku kemalangan ketika berada di tempat kerja.\r“Perkara ini juga sering dilengah-lengahkan biarpun insuran sebanyak RM35 dan keahlian RM40 sudah dibayar ahli tetapi berbulan-bulan baru ahli menerima polisi insuran. Sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada ahli ketika bekerja, siapa yang ingin bertanggungjawab.\r“Pengurusan kewangan juga tidak diuruskan dengan baik. FINAS menawarkan ruang pejabat untuk persatuan dengan sewa RM250 sebulan, kebanyakan persatuan mengambil kemudahan ini tetapi Presiden buat keputusan menyewa di tempat lain dengan sewa RM600 sebulan.\r“Begitu juga dengan kenderaan persatuan yang dibeli digunakan untuk kepentingan individu dan bukan persatuan melakukan pemantauan, lebih mengecewakan apabila petrol, tol dan sebagainya di tuntut kepada persatuan,” katanya.\rMenurutnya lagi, ahli juga meragui kewibawaan Presiden kerana setiap aduan tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Aduan ahli yang dipermainkan oleh produser membabitkan isu pembayaran gaji tidak pernah diselesaikan. \r“Penganiayaan kepada enam ahli PROFIMA yang juga kru ketika ditugaskan menjalankan penggambaran di Brunei pada 12 Jun 2009. Mereka tidak dibekalkan visa pekerjaan seperti mana yang dijanjikan Presiden menyebabkan kru ini diarahkan pulang. \r“Ahli juga mengesyaki sesuatu tidak kena apabila PROFIMA gagal membangunkan portal persatuan sedangkan peruntukan besar sudah diberi. PROFIMA juga pernah mengadakan kunjungan delegasi ke Jakarta Indonesia untuk menjalinkan kerjasama bersama persatuan pekerja filem di sana. Setiap ahli harus mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM600 setiap seorang. Mereka berjaya mengumpul RM20,000 untuk kunjungan itu, tetapi selepas pulang ke tanah air, Presiden mengemukakan tuntutan kepada persatuan sebanyak RM24,000 kononnya itu adalah kos kunjungan ke Indonesia itu,” jelas Omar lagi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060794 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list