CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3055|Reply: 12

SERI

[Copy link]
Post time 17-10-2011 11:34 PM | Show all posts |Read mode
"Abang!" sampai hati abang! meraung seri mendengarkan kata kata yang paling dia takut. " Im sorry dear, i have to let you go " tanpa berlengah Zamri meninggalkan seri tanpa menoleh. Dalam hati hanya dia yang tahu. Keputusan yang dia ambil ya, memang kejam. Meninggalkan seri begitu sahaja. Tapi dia yakin, Seri adalah wanita yang tabah. Dia yakin suatu hari nanti seri akan mengecapi bahagia.

"Abanggggggggg!!!" jangan tinggalkan seri, seri ada abang je. Sayu kedegaran suara seri. Sendu yang dibawa tak membawa apa apa erti buat zamri lagi. Rebah seri di sofa empuk. Apa erti semua itu..kekasih hatinya telah pergi meninggalkannya saat dia paling memerlukan.

"Sampai hati abang"..seri menagis sayu, semakin lama semakin lemah tangisan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2011 11:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Mia_Sara at 18-10-2011 09:18

8 BULAN BERLALU


" Ya allah, kenapa ni, apasal pulak gaji aku tak boleh keluar ni?" suara seri cemas. Ditekan sekali lagi nombor pin masih jugak tidak boleh. Apa yang dapat dia lihat hanyalah " Your account has been terminated"

Seri mendengus, dia melangkah masuk ke dalam bank, "aargh...seri mengeluh. Nombor giliran bisik hatinya, nak tak nak terpaksalah seri menanti giliran 1546. Di lihat jam tangannya hampir pukul 2 petang. Seri masih sabar menanti. Saat gilirannya tiba terus dia bangkit dan ke kaunter.

" Salam, puan saya nak mintak tolong check kan account saya, saya cuba nak withdraw duit tadi kat atm, tapi appear account terminated pulak"  Perlahan Seri menjelaskan masalah yang dia hadapi.

Wanita yang pada amatannya dalam usia 40an melemparkan senyuman, " ok saya semakkan cik tunggu sekajap ya"

Seri  membalas senyuman tanda setuju.

10 minit kemudian

" Cik Seri, sila masuk sebentar, pengurus bank nak berjumpa dengan cik sekejap"  Wanita tadi mempelawa seri masuk ke pejabat pengurus bank. Seri agak kaget, hairan serius ke masalah accountnya, setahu dia setiap bulan gaji nya akan masuk seperi biasa, anggapan beliau mungkin kad banknya rosak. Seri mengikuti wanita tadi kedalam.

Seri duduk dan memberikan senyuman kepada pengurus bank , lelaki yang boleh dipanggil bapa itu mempersilakan seri duduk.

" Cik Seri, saya Azlan pengurus bank disini ya, berkenaan dengan masalah cik tadi. Err ..saya telah mendapatkan notis yang semua account cik dibekukan , dan ini atas arahan bank negara" pihak bank tidak mempunyai maklmuat yang lengkap berkenaan hal ini, dan apa yang kami perolehi adalah senarai nama pembekuan akaun bank yang mana nama cik juga tercatit sama, macam ni la saya sarankan cik hubungi jabatan insolvensi ataupun semak di bank negara untuk maklumat lanjut" Seri tergamam..dia telah mula dapat mengagak..hatta musibah apa lagi yang harus dia lalui sekarang. "Okayla Encik, terima kasih" Lemah suara seri menjawab. Malas dia hendak bertanya lebih lanjut. Yang pasti dia dapat mengagak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 11:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Mia_Sara at 18-10-2011 09:21

2 MINGGU SELEPAS DI BANK


" You tak boleh nak settlekan ke masalah bankrupsi you ni?, i kalau boleh nak you ikut rombongan ni, it is important. Plus, projek ni you kan yang handle?"

" Macam mana saya nak settlekan en malik, saya pun tak expect ..saya tak dapat apa apa notis pun sebelum ni. "

Seri buntu.

" Takpelah en malik saya tak dapat join you all ke tokyo tu takpelah. At least saya dapat continue kerja kat sini pun saya dah syukur" nantila saya usahakan macam mana saya nak bayar hutang saya tu.  Hanya itu yang mampu Seri katakan kepada majikannya En Malik.

Malik mengangguk simpati.

" Okaylah seri...takpelah still not end of the world, you continue je la kerja macam biasa ok. Tengoklah nanti macam mana you nak settlekan nama you tu k". Malik cuba memahami masalah yang dihadapi Seri. Dia tau gadis ini juga tidak menjangkakan perkara ini berlaku. Sebagai majikan Malik cuba memahami dan membantu. Apatah lagi businessman seperti beliau punyai ramai kenalan yang juga bankrupsi..bezanya juta juta berbanding Seri..dan dia juga tahu dia masih memerlukan Seri didalan syarikatnya.

" Thanks en malik" Seri senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 08:17 AM | Show all posts
nice opening...
nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 10:10 AM | Show all posts
Fuyoo permulaan yg menarik rajin2 lah update
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 02:06 PM | Show all posts
intro dah besttt... sambung panjang2 ye miaaa......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2011 04:03 PM | Show all posts
best nih!

jgn lupe smbung lg ye..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:47 AM | Show all posts
pmulaan yg bagus.... truskan n3 yg panjang2 lagi panjang2 ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 12:21 PM | Show all posts
As salam.. Mia sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 02:37 PM | Show all posts
miaaaaa... bila mau sambunggggggg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:59 AM | Show all posts
sambungla lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 08:28 PM | Show all posts
Dah hampir seminggu rakan rakan sejawat di Tokyo dan dalam tempoh tu la hanya Seri yang ada di pejabat dan menguruskan semua projek yang ada. Nak ikutkan Seri takde masalah nak selesaikan semua tugasan yang ada. Pada Seri ni je la cara untuk beliau lupakan betapa sunyinya dia kini bila abangnya meninggalkannya. Hampir setahun tak pernah sekali pun Seri lupa. Rasa terkilan tetap ada. Tapi apa kan daya orang yang dia sayang tetap meninggalkannya. Dah tiba masa Seri belajar erti hidup berdikari. Nak tak nak dia kena lalui hidup ini dengan sebaik mungkin.

Seri melunjurkan kaki di sofa, terasa letih. Jam dinding hampir pukul 6 petang. " Arrgh penatnya' bisik hati Seri. Seri mengambil remote tv. Tak tau cerita apa yang hendak ditonton, dibiarkan saja. Seri merenung dinding. Teringat dia akan abangnya.


" Yeaah!! abang nak masak apa untuk Seri ni?, cepatlaaa lapar ni " Seri memang seorang yang manja. Tiap kali balik dari pejabat pasti abangnya akan masak sesuatu untuk beliau. Bukan apa, memang abangnya gemar memasak. Apatah lagi Seri pun sentiasa memuji abangnya pandai masak.

" Erm abang masak lemak udang lepas tu abang letak petai...ermmm Seri suka kan?"

" Wow! sukalah apa yang abang masak "

Kedua dua pasangan ini ketawa kecil. Pada saat itu Seri dan abangnya Zamri merupakan pasangan yang sangat bahagia. Apa lagi Seri yang sering dimanjakan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 01:35 PM | Show all posts
tlg sambung lg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.280908 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list