View: 208|Reply: 0
|
Fragmen: Kalaulah penerbit TV mogok...
[Copy link]
|
|
ROZITA Che Wan pernah dilaporkan mengenakan bayaran sehingga RM3,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya. Mungkin cerita itu sekadar desas-desus bagi menghangatkan lagi kisah sensasi pelakon ini yang kadang-kadang lebih sarat dengan gosip daripada realiti sebenarnya sebagai pelakon.\rKita tidak mengenali Rozita dengan lebih dekat, malahan jarang menonton drama lakonannya. Pernah juga terpandang beberapa lakonannya yang bagi kita tidaklah sangat istimewa. Mungkin kerana dia cantik dan popular hingga menenggelamkan tumpuan penonton untuk menilai bakat sebenar Rozita dalam lakonan.\r\n\n\n\n\rOleh kerana cantik dan popular itulah membuatkan dia mendapatkan ‘permintaan’ tinggi daripada stesen TV supaya kalau boleh dalam drama, nama Rozita tidak boleh tercicir daripada senarai pelakonnya.\r\r\n\n\n\n\nDan, mungkin kerana terlalu banyak tawaran diterima, Rozita juga tidak sampai hati untuk bercakap ‘tidak’, lalu dia meletakkan harga tinggi dengan harapan setiap produksi boleh berfikir dua tiga kali sebelum mengemukakan tawaran lakonan kepadanya. \rNamun, ini adalah permintaan daripada sebuah stesen TV. Tak kisahlah bayaran setinggi mana pun ditetapkan oleh pelakon kalau stesen TV itu sanggup membayarnya. \rApa yang menjadi masalah kalau kos itu ditanggung oleh syarikat produksi. Kita tahu bahawa bayaran pelakon sahaja sudah merangkumi hampir 50 peratus kos penerbitan. Itu tidak termasuk kos untuk kru produksi dan pasca produksi seperti suntingan. \rBiarpun setiap tahun kos penerbitan ini sentiasa meningkat, tetapi bayaran untuk drama masih tidak berubah. Malah beberapa produksi mengeluh kepada kita bahawa bayaran program TV daripada setiap stesen TV tidak meningkat. Padahal mereka minta macam-macam. \r\n\n\n\n\rBagi kita, kalau tidak salah Rozita meminta bayaran tinggi kerana hakikatnya memang sara hidup kita semakin meningkat. \rBerbual dengan Bront Palarae ketika dalam penerbangan panjang dari Los Angeles ke Kuala Lumpur, baru-baru ini, menyatakan apa salahnya pelakon meminta bayaran tinggi. \r“Kita lihat dari segi logik. Harga bayaran asas pun sudah beberapa kali naik. Kami sebagai pelakon hendak juga menikmati satu peningkatan gred atau taraf lakonan dalam kelas tersendiri.\r“Seperti juga seorang pekerja. Mula dia bekerja seperti kakitangan biasa. Selepas lima atau 10 tahun, dia berhak menikmati peningkatan gaji. Takkan selama-lamanya hendak menikmati tangga gaji yang sama.\r“Kakitangan kerajaan pun sudah beberapa kali naik gaji. Apa yang Rozita Che Wan cakap itu betul. Dari sudut pelakon, kami tak salah minta bayaran lebih. Itu hak kami. Cuma kami kasihan kepada syarikat produksi kerana mereka yang akan menanggung peningkatan kos produksi sedangkan stesen TV tidak menaikkan kadar bayaran sejak 20 tahun lalu,” katanya. \rMengulas kepada soal bayaran program TV ini, Presiden Penerbit Program TV Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosley mengaku persatuan sudah beberapa kali membincangkannya dengan semua stesen TV mengharapkan agar kadar bayaran dapat disemak semula. \r“Sudah banyak kali kita mengemukakan perkara ini kepada stesen TV tetapi mereka (stesen TV) tidak ambil peduli. Ada desakan daripada ahli-ahli persatuan supaya kami melancarkan mogok seperti yang dibuat di Amerika atau Australia kerana majikan (stesen TV) tidak mempedulikan soal tuntutan harga program yang dibekalkan. \r“Menghentikan semua penerbitan untuk tempoh tertentu atau mungkinkah kami membuat demonstrasi di Dataran Merdeka supaya permintaan kami mendapat perhatian daripada kerajaan dan stesen TV?\r“Seboleh-bolehnya, kami cuba mengelak daripada melancarkan mogok dan membuat demonstrasi. Itu bukan pilihan kami, tetapi kadang-kadang apa lagi pilihan yang kami boleh buat? \r“Sampai bila kami hendak bertahan kerana kos penerbitan semakin meningkat, permintaan daripada stesen TV juga semakin meningkat kerana mereka mahu mencapai rating tinggi, tetapi mereka juga (stesen TV) tidak mahu memberikan bayaran tinggi setimpal dengan usaha dan kos yang kami belanjakan untuk mereka juga,” kata Jurey.\rKita berharap isu atau kemelut ini ada penyelesaiannya. Kerajaan juga harus melihat perkara ini dengan serius. Tidakkah menerbitkan drama atau program TV adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan perkembangan industri kandungan kreatif yang dikatakan bernilai RM6 bilion hingga RM7 bilion?\rApalah ertinya dalam jumlah nilai yang besar itu, penerbit atau pengusaha kandungan kreatif kita hanya dapat makan tulang sahaja. \rBaru-baru ini, kita mengikuti delegasi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ke Pasaran Industri Kreatif sempena Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2011 atau TIFFCOM2011. Ia turut disertai oleh beberapa syarikat penerbit animasi tempatan. \rMereka ikut rombongan FINAS kerana mahu mencari peluang untuk bekerjasama dalam penerbitan atau membina rangkaian serta membentuk rakan kongsi dengan syarikat penerbitan di Korea, China atau Jepun. \rKita memahami apa yang mereka suarakan. Bersama stesen TV luar negara, hasil usaha mereka bukan sahaja dihargai, tetapi pegangan hak terhadap harta intelek (IP) atau hak cipta tetap terpelihara. Berbeza kalau buat untuk program TV. \rSelepas penat memerah segala idea, letih yang tidak habis ketika di lokasi, akhirnya semua hasil penerbitan itu bukan menjadi hak sendiri tetapi hak TV.\rApa nak buat. Umpama timun dan pisau. Menggelek atau digelek yang luka tetap timun. Kalau dalam anugerah yang membabitkan karya mereka, dan ditakdirkan drama yang diterbitkan itu menang, ia umpama cerita pak pandir. Menang sorak tapi kampung tergadai.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|