CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Dengarnya...: Artis propa 'kaki kencing'

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUKAN sesuatu yang pelik kalau si selebriti ini memberikan pelbagai alasan remeh jika terlambat sampai ke sesuatu lokasi untuk tugasannya. Kiranya, mereka yang biasa bekerja dengannya tahu sikap kurang elok si dia ni.\rSetakat ini jika disebut pasal disiplin, boleh diletakkan dia ini berada dalam kedudukan Top 5 sebab kerap tersasar daripada waktu dijanjikan. Bukanlah setiap hari, tetapi dalam lima situasi, mesti ada setidak-tidaknya sekali dia tiba lewat daripada waktu ditetapkan.\r\n\n\n\n\rKalau waktu bersosial, tentu tak jadi masalah sebab tentu kawan-kawan faham. Cuma apabila membabitkan soal kerja, sudah pasti timbul rasa kurang senang kerana perkara itu membabitkan individu lain.\r\r\n\n\n\n\nPaling baru, ia terjadi lagi ketika dia diundang menjayakan program dengan satu produksi. Awal-awal lagi wakil produksi sudah menetapkan masa dan tarikh yang sepatutnya dia hadir, seperti yang biasa mereka terapkan dengan mana-mana tetamu.\rNamun beberapa minit sebelum waktu dijanjikan, bayangnya tak kunjung tiba. Pastinya yang kalut ialah wakil produksi. Apabila dihubungi, katanya dia sudah di tempat letak kereta. Jadi, lega sedikit rasa hati.\rTunggu punya tunggu, lima minit tiada, 10 minit pun tak kunjung-kunjung tiba. Bila dia mengaku sudah sampai dan mahu mencari petak kosong, tentulah produksi enggan mengganggunya berulang kali. Tetapi, selepas langsung tak nampak batang hidung, sekali lagi dia dihubungi.\rRupa-rupanya dia sudah menutup telefon bimbitnya. Aduhai, lawak apa yang dilakukan? Berpetak juga muka wakil produksi mahu menjelaskan kepada orang atasannya. Kalau pun ada masalah, kenapa tak sedari awal menjelaskan keadaan sebenar daripada membiarkan orang tertunggu-tunggu.\r\n\n\n\n\rCik Normah rasa, spesies begini jangan lagi dilayan. Orang lain pun ada ketikanya terlambat, tetapi punya alasan kukuh. Dia pula lebih cemerlang apabila sampai ke tahap tak muncul langsung. Selepas itu, bukan reti mahu meminta maaf, malah berlagak seperti tiada apa-apa berlaku. Atau barangkali dia diserang amnesia?

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.142275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list