CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

FFM24: Lancar di sebalik kontroversi

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jangan sampai rosak majlis\rBELUM pun malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), berlangsung Ahad ini, fasa pertama penyampaian 10 kategori awal serentak perasmian acara tahunan yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, malam kelmarin, sudah membibitkan kontroversi.\r\n\n\n\n\rPemilihan Jurey Latiff Rosli yang juga Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) sebagai Pengarah Harapan menerusi filem Libas nyata menimbulkan kurang senang segelintir individu, hingga ada yang terang-terangan meninggalkan majlis yang sedang rancak berlangsung. \r\r\n\n\n\n\nBiar apa pun tanggapan, saringan pencalonan 32 kategori dipertandingkan dengan penyertaan 41 filem yang dianggap terbesar sepanjang penganjuran sedari awal dilaksanakan barisan juri daripada pelbagai latar belakang.\rAdat bertanding, pasti ada kalah dan menang. Justeru, sebarang kemusykilan mahu pun rasa tidak senang seharusnya jangan sampai merosakkan majlis apatah lagi di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri  Muhyiddin Yassin, yang hadir merasmikan acara. \rKehadiran Timbalan Perdana Menteri ini juga menandakan sokongan padu kerajaan terhadap industri perfileman.\rNamun ternyata apa yang ditunjukkan oleh segelintir karyawan filem yang seperti kebudak-budakan apabila meninggalkan acara ini yang sedang berlangsung, bukan sahaja penghinaan kepada mereka yang sudah bersusah payah menganjurkannya, tetapi juga terhadap tetamu kenamaan iaitu pemimpin nombor dua negara. Sungguhpun tidak puas hati, usahlah sampai memalukan tetamu kenamaan, terutama pemimpin negara kita. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, FFM24 bertemakan Gemilang Filem Malaysia yang julung kali di tangan GAFIM memang kurang impak, sedangkan matlamat asal mengadakan perasmian di lokasi umum adalah untuk menarik kehadiran orang ramai.\rPanggung berwajah baru itu hampir lengang kerana deretan tempat duduk banyak kosong. Bahkan kehadiran penggiat seni, terutama pelakon sendiri tidak ramai. Jika ada pun, hanya individu yang biasa dilihat menyokong acara terbabit sejak awal seperti Datuk Yusof Haslam, Shaheizy Sam, Norman Abdul Halim serta beberapa nama lain.\rPerancangan menganjurkan FFM24 di dalam taman sememangnya unik namun faktor lokasi, pengangkutan serta kekurangan hebahan apabila penganjur lebih menumpukan perhatian terhadap promosi jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara.\rBegitupun, pujian wajar diberikan kepada jawatankuasa yang sedaya upaya menjadikan acara pembukaan itu lebih bermakna apabila menyelitkan persembahan lagu daripada filem, seperti yang disampaikan penyanyi Roy dan Nadia. Antaranya daripada filem Hujan Panas, Ali Setan dan SH3 The Movie.\rCuma, acara penyampaian sijil penyertaan kepada 16 penerbit filem cereka, 25 penerbit filem pendek serta lapan penerbit filem animasi membuatkan acara meleret dan membosankan. \rJika mahu memperkenalkan barisan filem serta produksi yang bertanding, cukup dengan paparan di skrin lebar di kiri kanan pentas kerana banyak lagi pengisian lain yang boleh diselitkan termasuk memberi peluang kepada 10 pemenang berucap sepatah dua kata. \rKRU, Nadiya menang lagi\rBAGAI dijangka, filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios yang mendapat pencalonan tertinggi dengan 12 kategori meraih tiga trofi pada malam Anugerah Gemilang Cipta menerusi Lagu Tema Asal, Kesan Visual dan Poster Terbaik.\rEdry Abdul Halim yang ditemani abangnya, Norman, berkata ia kemenangan sungguh manis apatah lagi pemilihan juri sejajar dengan pendapat umum yang sebelum ini menghargai karya mereka.\r“Syukur kami dapat mempertahankan kategori Lagu Tema Asal Terbaik yang dimenangi tahun lalu. Ini minggu bermakna buat KRU Studios kerana kami berjaya membawa pulang trofi dalam ketiga-tiga anugerah Anugerah Skrin ASK 2011), Anugerah Industri Muzik 18 dan FFM24.\r“Ia menjadi perangsang kepada seluruh keluarga KRU Studios untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang,” katanya yang sibuk dengan pembikinan filem baru, 29 Februari.\rBintang filem Cun, Nadiya Nisaa pula meraih trofi Pelakon Harapan Wanita mengenepikan Shera Aiyob (Karak), Syamira Azmil (Karipap-Karipap Cinta), Shamimie Amalina (Klip 3GP) dan Sara Ali (Nur Kasih The Movie). \rKatanya, penghargaan serta pengiktirafan terhadap kemampuan lakonannya membakar semangat untuk lebih mendalami ilmu lakonan dan mencuba mempelbagaikan watak.\r“Sebelum ini saya sekadar menganggap bidang lakonan sebagai percubaan, tetapi lama-kelamaan rasa cinta terhadap bidang itu bercambah. Malah dua kemenangan yang diraih berturut-turut menjadikan saya lebih yakin untuk terus berani melangkah.\r“Memang sedikit tertekan kerana sudah pasti penonton menaruh keyakinan tinggi untuk produk akan datang. Cuma saya melihatnya dari sudut positif iaitu bekerja lebih keras,” katanya.\rPemenang lelaki bagi kategori sama diraih Taiyuddin Bakar daripada filem Hantu Bonceng, manakala bintang cilik, Mia Sara, 5 yang menonjolkan lakonan cemerlang sebagai anak kehilangan kasih bapa menerusi filem Sekali Lagi juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-kanak Terbaik.\rSenarai Penuh Pemenang Anugerah Gemilang Cipta:\r* Poster Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa\r* Kesan Visual Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa - Yusry Abdul Halim \r* Pengarah Harapan: Jurey Latif Rosli - Libas \r* Pelakon Harapan Lelaki: Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng \r* Pelakon Harapan Wanita: Nadiya Nissa - Cun \r* Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Saraa Nasuha - Sekali Lagi \r* Lagu Tema Asal Terbaik: Sedetik Cinta (Hikayat Merong Mahawangsa) \r* Filem Pendek Terbaik: The Other One (Ng Ken Kin)\r* Filem Animasi Terbaik: Altitude Alto (Mushroomhead)\r* Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040971 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list