CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Berubah cita rasa

[Copy link]
Post time 23-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Lebih berani dan sensasi KEBERANIANNYA dalam membawa muzik aliran irama tradisional sebelum ini ternyata tidak banyak membantu karier nyanyian gadis manis berusia 25 tahun, Nas Adila. \n\n\n\nMemang tidak ramai anak muda yang berani mengorbankan jiwa remajanya hanya kerana mahu mencari kelainan dalam bidang nyanyian sekali gus mengharapkan pujian masyarakat.Nas Adila atau Adila sudah membuktikan kepada dengan penerbitan dua album berkonsepkan irama tradisional iaitu Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006). Namun rezekinya bukan di situ kerana berasakan kedua-dua album itu dirasakan kurang menyerlahkan dirinya.\n\n\n\n\nTidak sesekali gentar dengan ujian lampau, Adila sedikitpun tidak menunjukkan kekecewaan. Daripada riak mukanya lantas terus gigih mengatur strategi untuk menempatkan dirinya sebaris penyanyi popular lain.Justeru, didorong oleh kemahuannya untuk mengubah penampilannya yang lebih menarik, tidak hairanlah sejak akhir-akhir ini dia muncul dengan gaya lebih ‘panas’ atau sensasi berbanding ketika membawa aliran muzik irama Malaysia enam tahun lalu.Ketika kunjungannya ke Balai Berita baru-baru ini, ternyata banyak mata tidak berkelip-kelip memandang kemunculan Adila. Dengan tidak kedekut senyuman, penyanyi ini lantas memberikan senyuman kepada mereka yang memerhatikannya.Katanya, selain memastikan kualiti bakatnya sentiasa menyerlah, cara penampilan seharusnya diutamakan dan mengakui menyesali kerana pernah mengabaikan perkara itu yang dianggap tidak penting untuk bergelar seorang penyanyi.“Sebelum ini Adila kurang bergaya dan tidak mementingkan sangat mengenai penampilan, selepas menyedari penampilan adalah penting untuk menggambarkan imej diri kita barulah Adila menyesalinya.“Sekarang ini Adila tidak kisah sangat untuk membelanjakan kos yang besar untuk penampilan. Adila harus sentiasa bergaya pada setiap masa dan ketika keluar dari rumah. Sebenarnya itulah yang membezakan imej artis dan orang awam,” katanya yang agak tersilap kerana mengabaikan penampilan diri sebelum ini.Namun sejak berani menggayakan pelbagai jenis pakaian yang menyerlahkan keseksian dan bentuk tubuhnya, Adila akui keyakinannya berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dulu.“Adila masih tahu batasan di dalam berpakaian dan tidak mahu diperkatakan oleh masyarakat, apa yang Adila buat ini semuanya untuk memberi perubahan demi menyokong kerjaya Adila. “Tapi sekarang apabila Adila mula bergaya barulah terasa inilah apa yang orang cakapkan dan diri sentiasa rasa yakin.“Begitu juga apabila menyentuh soal jenama pakaian, memang Adila suka kerana bila kita pakai lebih rasa yakin dan puas. Lebih lagi apabila ia dibeli hasil titik peluh kita sendiri. Tapi Adila tidak kisah sangat mengenai harga asalkan ia cantik, unik dan sesuai dengan tubuh badan Adila,” katanya.Sekarang ada lebih kuasaNaib Juara Bintang Asli peringkat kebangsaan 2001 itu mengakui dirinya masih lagi dibayangi penyanyi genre irama Malaysia walaupun sudah memilih aliran pop dance untuk rangka album ketiganya.Oleh kerana sokongan yang masih ada itu, Adila menegaskan dia tidak berhasrat untuk melupakan muzik dan lagu-lagu irama Malaysia walaupun pada masa mahu mengubah aliran muziknya yang lebih kontemporari.“Lagu tradisional Adila tidak tolak dan tetap menyanyikan sekiranya mendapat permintaan dan mengikut kesesuaian majlis. Adila bersyukur kerana tidak semua penyanyi dapat menyanyikan lagu tradisional dan mendalami muzik itu. “Adila tetap nak kekalkan juga dengan aliran tradisional ini dan mempelbagaikan lagi aliran muzik,” katanya.Menerusi dua single dari genre pop dance yang dihasilkan Adila iaitu Bidadari Syurga ciptaan Koha dan Jay dipetik dari album EPnya awal tahun lalu serta I Love You dikatakan berjaya menarik lebih ramai peminat baru, terutama golongan seusianya.“Sekarang Adila mula didekati peminat muda dan sebaya. Adila memilih genre pop dance kerana persembahan nyanyian akan lebih meriah di atas pentas. Permintaannya sangat tinggi yang membabitkan persembahan bertenaga ditambah dengan kekuatan vokal dan pergerakan. “Sekarang Adila menguruskan kerjaya sendiri di bawah syarikat Nas Adila Event & Entertainment (NAEE) dan lebih ada kuasa untuk menentukan aliran muzik sendiri,” katanya.Selain bertindak menguruskan kerjayanya sendiri, anak jati kelahiran Johor Bahru ini juga gigih melebarkan sayap perniagaannya demi merangka masa depan yang lebih cerah.“Kita sentiasa harus merangka masa depan kita kerana apa yang berlaku di masa hadapan tidak siapa pun yang tahu, melalui syarikat Adila sendiri Adila juga sedia menguruskan apa saja majlis seperti majlis pelancaran dan pengurusan perkahwinan selain menguruskan pusat cuci kereta di Shah Alam,” jelasnya lagi.Bercerita mengenai hal peribadinya pula, Adila menafikan dia sekarang dikatakan mempunyai hubungan intim dengan pengurusnya.“Memang kini paling rapat dengan Adila sehingga ramai menganggap dia tunang Adila. Kami hanya berkawan dan belum ada apa-apa hubungan istimewa. “Adila memang teringin untuk berkahwin tetapi selepas pertunangan Adila gagal dulu Adila memilih untuk fokus kepada kerjaya dulu. Dalam usia sekarang inilah sebenarnya kemuncaknya kerjaya harus Adila fikirkan, rugi sekiranya Adila tidak mengambil kesempatan dalam usia muda ini,” katanya.PROFIL: Nas Adila Mohd DanNAMA KOMERSIAL: Nas AdilaASAL: Johor BahruUMUR: 25 tahunTARIKH LAHIR: 20 September 1986STATUS: BujangKERJAYA: Penyanyi, pengacara dan pelakonALBUM: Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006)FILEM: Jangan Pandang Belakang Congkak dan HelloDRAMA: Intan Asmara, Cahaya Deepavali, Menantu 3 Rasa dan YoyongPROGRAM TV: Agro ChallengeTEATER: Kita (2010)JURUCAKAP: Young Entrepreneurs Summit (APEC-YES) dan D’ Apple Fiber.FACEBOOK/TWITTER: adila’s angel dan nasadilaaf7

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.327391 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list