CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Arroyo kena masuk hospital tentera

[Copy link]
Post time 2-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Filipina arah bekas presiden dipindahMANILA: Mahkamah Filipina semalam mengarahkan bekas Presiden Gloria Arroyo supaya dipindahkan dari sebuah hospital eksklusif ke sebuah pusat perubatan tentera sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan memanipulasi undi ketika pilihan raya.\n\n\n\n   Hakim di mahkamah Pasay City yang mengendalikan kes memerintahkan prosedur perubatan yang diperlukan Arroyo, 64, boleh dilakukan di Pusat Perubatan Memorial Veteran, kata kerani mahkamah, Joel Pelicano.\n\n\n\n\n\n   “Lima hari dari hari ini Arroyo akan dipindahkan ke Pusat Perubatan Memorial Veteran,” kata Pelicano kepada pemberita.Hospital veteran berkenaan adalah sebuah kemudahan yang dikawal ketat di utara Manila. Keselamatan Arroyo akan terjamin dan doktor kerajaan yang terlatih boleh memenuhi segala keperluan beliau, katanya.Arroyo yang memerintah negara itu hampir satu dekad sehingga tahun lalu dilaporkan dirawat di hospital persendirian yang mengenakan bayaran AS$1,100 (RM3,300) sehari sejak beliau ditahan bulan lalu atas dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya 2007.Kesalahan memanipulasi undi adalah satu kesalahan yang tidak dibenarkan ikat jamin dan jika didapati bersalah seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Perbicaraan boleh memakan masa bertahun-tahun.\n\n\n\nPemimpin yang menggantikan Arroyo, Benigno Aquino berikrar untuk mendakwa bekas presiden itu atas dakwaan rasuah  ketika memerintah.Peguam Arroyo pula menegaskan bahawa anak guamnya itu mengalami masalah tulang yang luar biasa, kehilangan selera makan dan jangkitan usus yang memerlukan beliau tinggal di hospital swasta dan memakai penyokong leher.Doktor yang merawat Arroyo mengaku di mahkamah bahawa bekas pemimpin itu boleh dirawat di mana-mana hospital kerajaan selain sudah semakin pulih.Jurucakap Arroyo, Elena Horn berkata bahawa ketika keputusan berkenaan dibuka untuk rayuan, bekas presiden itu mungkin akan dipindahkan minggu depan.“Kami akan patuh dan menghormati keputusan mahkamah,” kata Horn tetapi menekankan bahawa Arroyo akan terus menggunakan segala pilihan perundangan yang ada untuk dirinya.Arroyo mempunyai satu lagi pertuduhan di mahkamah yang akan membolehkan beliau diletakkan dalam tahanan kediaman. Mahkamah berkata bahawa ia mungkin akan diselesaikan dalam masa 10 hari. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051448 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list