CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Rasa gentar tetap ada

[Copy link]
Post time 2-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Mokhzani berdebar pimpin barisan pemuzik handalan dalam MPO\rPADA 6 Disember ini, cabaran besar terpikul di bahu Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail apabila beliau bakal memimpin Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang turut disertai pemain trumpet terkenal dari Amerika, Chris Botti dalam persembahan yang diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC. \r\n\n\n\n\rPemilihannya atas dasar kepercayaan dan penilaian bakatnya itu pastinya menjadi satu penghargaan tinggi kepada anak kampung ini yang menganggap penghormatan yang diberinya itu sebagai satu cabaran serta tanggungjawab besar yang perlu digalas sebaik mungkin. \r\r\n\n\n\n\nBertemu beliau di RTM baru-baru ini, Mokhzani melihat pemilihannya itu sebagai satu tanggungjawab besar apabila perlu bekerjasama dengan satu nama terkemuka dan dalam masa yang sama memimpin seramai 75 pemain muzik di bawah pemerhatiannya.\r\"Memang bangga apabila terpilih memimpin MPO tetapi dalam masa sama, berdebar-debar untuk bekerjasama dengan pasukan pemuzik terkemuka serta Chris Botti sendiri. Berdiri di atas satu pentas bersama-sama bakat besar sepertinya akan melahirkan rasa gentar juga.\r\"Oleh itu, banyak persediaan yang saya buat seperti membeli VCD dan membaca artikel berkenaan beliau bagi memudahkan saya melihat corak kerjanya dan apa yang dimahukan beliau,\" katanya yang mengakui hanya mengenali pemain trumpet terkenal Amerika itu menerusi artikel yang dikeluarkan media saja selain tidak pernah bersua muka sebelum ini.\rMenurutnya, antara cabaran menggentarkan apabila memimpin MPO adalah menjalani latihan selama tiga kali saja iaitu pada 29 November, 5 Disember serta 6 Disember ini tanpa kehadiran Chris.\r\n\n\n\n\r“Saya memimpin barisan pemuzik handalan dalam MPO tanpa kehadiran Chris Botti dan ia antara cabaran besar. Hanya pada pagi 6 Disember iaitu pada hari persembahan barulah Chris menghadirkan diri untuk latihan terakhir sebelum persembahan bermula pada sebelah malam.\r\"Apapun saya perlu bersedia dan menjalani latihan secukupnya. Saya sudah siap mengkaji skor lagu dan melatih diri sebagai persediaan pada malam itu,\" katanya yang turut melihat pemilihan ke atas dirinya itu dibuat atas kapasiti pemimpin Orkestra RTM sebagai orkestra yang sudah menempa nama di mata dunia.\rKatanya lagi, pada malam persembahan itu kelak, sebanyak 15 lagu terdiri daripada genre jazz serta separuh klasikal akan dipersembahkan selama dua jam tanpa henti.\rAntara lagu yang akan diterjemahkan melalui muzik pada persembahan bersama pemain trumpet handalan dunia  yang sudah melahirkan lebih daripada enam album itu adalah Time To Say Goodbye, The Look Of Love, Nesson Dorma, When I fall In Love dan Cinema Paradiso.\r\"Sekarang saya sudah mengkaji serta meneliti melodi serta susunan lagu yang bakal dipersembahkan. Selama ini, memimpin orkestra RTM dan MPO memang berbeza dari segi corak kerja dan ketepatan masa.\r\"Lagipun Chris Botti adalah nama besar yang sudah membuat persembahan dengan artis seperti Josh Groban, Sting, Burt Bacharach, Natalie Cole, Celine Dion dan banyak lagi artis bertaraf dunia,\" katanya yang pernah membuat persembahan bersama RTM Jazz Orkestra di Java Jazz pada tahun lalu.\rJazz kekuatan Orkestra RTM\rSEJAK memegang jawatan Pengarah Muzik RTM pada tahun 1999 antara keazaman Mokhzani ialah meletakkan 38 pemuzik Orkestra RTM di barisan hadapan, bukan hanya hanya berperanan di belakang tabir saja.\rBeliau mahu pemuzik orkestra bukan sekadar menjadi pengiring persembahan penyanyi tetapi pada sama berkemampuan menggubah semula sesebuah lagu atau karya lama menjadi lebih segar dan baru. Malahan beliau berjaya mengangkat Orkestra RTM dalam kelas tersendiri apabila stesen TV bersetuju mewujudkan slot khusus untuk mereka. \r\"Pada Februari tahun depan, Orkestra RTM akan tampil dengan rancangan Orkestra di kaca TV. Ia membuka peluang kepada orkestra untuk berada di hadapan berbanding sebelum ini yang hanya di belakang tabir saja.\r\"Kami mahu membawa perubahan itu dan tidak mahu orkestra hanya menjadi pengiring penyanyi dan memberi peluang supaya ia dibawa ke hadapan pula,\" katanya sambil memberitahu sebanyak 80 peratus barisan pemain pemuzik orkestra RTM kini adalah dikuasai golongan muda.\rMenurutnya, antara yang menyertai orkestra RTM kini adalah pelajar jurusan muzik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), ASWARA dan beberapa universiti lain yang melahirkan graduan muzik.\r\"Ramai menganggap barisan orkestra kita adalah orang veteran tetapi sebenarnya sudah ramai tenaga muda berbakat dan mempunyai kepakaran masing-masing untuk bersama-sama menempa nama bersama Orkestra RTM,\" katanya.\rBerbicara soal genre muzik jazz yang menjadi kekuatan serta tulang belakang pasukan orkestra RTM, beliau tidak menafikan perkara itu.\r\"Jazz memang menjadi kekuatan kita. Namun kita juga masih mempersembahkan muzik lain seperti rock dan lagu pop. Lagipun kita ada kepakaran dalam konsert Jazz dan kekuatan inilah mahu ditonjolkan di persada antarabangsa.\r\"Dulu kita tidak boleh lari daripada mempersembahkan lagu-lagu Datuk Ahmad Nawab serta Tan Sri P Ramlee kerana ia cukup sesuai dengan persembahan orkestra tetapi ada lagu-lagu baru yang kita masukkan dalam persembahan hari ini, walaupun tidak semua lagu baru sesuai untuk persembahan secara orkestra,\" katanya yang memberitahu  melihat konsep orkestra RTM kni tampil lebih mengikut selera masyarakat dan susunan muzik semula namun masih memartabatkan lagu Malaysia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list