CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Amnesty saran tiga negara tangkap Bush

[Copy link]
Post time 3-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dituduh cabul hak asasi manusia guna alasan 9/11\rNEW YORK: Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International menggesa Habsyah, Tanzania dan Zambia menangkap bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush atas kesalahan mencabul hak asasi manusia ketika pemimpin itu melawat Afrika minggu ini.\r\n\n\n\n\r   Sebagai Presiden Amerika pada 2002 hingga 2009, Bush mengarahkan penggunaan teknik melemaskan suspek keganasan dan teknik lain yang dianggap Amnesty dan pertubuhan lain sebagai penyeksaan.\r\r\n\n\n\n\n   Bush yang memulakan lawatan mulai kelmarin hingga Isnin depan, mempertahankan penggunaan teknik melemaskan suspek keganasan atas alasan dapat menamatkan serangan pengganas umpama 11 September 2001 (9/11). \r“Undang-undang antarabangsa menetapkan orang yang melakukan seksaan tiada tempat selamat untuk berlindung, jadi Habsyah, Tanzania dan Zambia mesti ambil peluang memenuhi tanggungjawab itu supaya Bush tidak lagi bebas,” katanya lagi.\r“Amnesty mengiktiraf usaha meningkatkan kesedaran mengenai ancaman kanser serviks dan payu dara di Afrika, sebab utama lawatan ke Afrika dibuat tetapi ia tidak boleh mengurangkan usaha melawan penyeksaan dengan membenarkan orang yang mengaku mengarahkan teknik melemaskan suspek keganasan, meneruskan lawatan tanpa menerima tindakan undang-undang,” kata pertubuhan itu.\rTiga negara berkenaan memikul tanggungjawab menahan Bush mengikut undang-undang antarabangsa ketika beliau melakukan lawatan sehingga Isnin depan bagi mempromosi usaha melawan kanser serviks dan payu dara.\r\n\n\n\n\r“Semua negara yang dikunjungi Bush bertanggungjawab membawanya ke muka pengadilan atas tuduhan melakukan penyeksaan,” kata penasihat kanan undang-undang Amnesty, Matt Pollard.\rAmnesty membuat gesaan yang sama kepada Kanada pada Oktober 2010 apabila Bush melawat British Columbia untuk satu sidang kemuncak ekonomi.\rPada Februari tahun ini, Bush bertindak  membatalkan lawatannya ke Switzerland kerana mendakwa ada pihak mahu mengemukakan tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan melakukan penyeksaan, kata pertubuhan hak asasi manusia.\rKes Amnesty bergantung kepada rekod awam di Amerika selain buku riwayat hidup Bush dan satu laporan Palang Merah yang mengecam dasarnya menangani keganasan. – Reuters/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list