CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

‘Khmer Rouge bukan orang jahat’

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PHNOM PENH: Pemimpin nombor dua rejim Khmer Rouge memberitahu mahkamah bahawa beliau dan rakan seperjuangan bukan ‘orang jahat,’ menafikan bertanggungjawab terhadap kematian 1.7 juta penduduk Kemboja ketika pemerintahan mereka pada tahun 1970-an.\rKenyataan Nuon Chea dibuat kepada tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mula menyoal siasat beliau dan dua pemimpin Khmer Rouge yang lain di mahkamah buat pertama kali selepas perbicaraan yang ditunggu sejak sekian lama itu bermula bulan lalu.\r\n\n\n\n\rNuon Chea, antara orang kepercayaan Pol Pot sebaliknya menyalahkan negara jiran Vietnam kerana pembunuhan beramai-ramai itu. \r\r\n\n\n\n\nKhmer Rouge sering mendakwa kubur besar yang ditemui adalah penduduk yang dibunuh pasukan tentera bersenjata Vietnam.\rMinggu ini mahkamah dijangka memberi tumpuan kepada dakwaan membabitkan pergerakan penduduk dan jenayah menentang kemanusiaan.\rSelepas Khmer Rouge menawan Phnom Penh pada 17 April 1975, rejim itu mula memindahkan satu juta penduduk malah pesakit hospital dari ibu negara ke pinggir bandar untuk memastikan usaha menubuhkan negara komunis.\rSelepas seorang kerani mahkamah membaca latar belakang Khmer Rouge dan tiga defendan, Nuon Chea mempertahankan pergerakan terbabit.\r\n\n\n\r“Saya tidak mahu generasi akan datang salah faham sejarah.\r“Saya tidak mahu mereka menganggap Khmer Rouge orang jahat. Tiada yang benar mengenainya,” kata Nuon Chea. \rBekas ketua ideologi pergerakan komunis berusia 85 tahun itu sebaliknya berkata, tiada rakyat Kemboja yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ketika pemerintahan Khmer Rouge pada 1975 hingg 1979, sebaliknya mendakwa negara jiran bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai itu.\rVietnam menumbangkan Khmer Rouge pada 1979.\r“Jenayah perang dan kemanusiaan ini tidak dilakukan penduduk Kemboja.  \r“Ia dilakukan rakyat Vietnam yang membunuh penduduk Kemboja,” katanya.\rTurut didakwa Khieu Samphan, 80, dan Ieng Sary, 86. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.150527 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list