View: 198|Reply: 0
|
Polis Russia tahan pembangkang
[Copy link]
|
|
Tindakan selepas tunjuk perasaan di Moscow bantah keputusan pilihan raya\rMOSCOW: Polis Russia semalam menahan beberapa tokoh pembangkang Russia selepas menyuraikan bantahan dan tunjuk perasaan ke atas pemerhati pilihan raya yang didakwa menyebelahi parti pemerintah pimpinan Vladimir Putin.\r\n\n\n\n\rBeribu-ribu rakyat mengadakan demonstrasi di jalan raya di tengah Moscow lewat kelmarin di tengah hujan lebat sebagai membantah keputusan pilihan raya Ahad lalu yang menyaksikan parti Kesatuan Russia menang tetapi dengan majoriti tipis.\r\r\n\n\n\n\nPolis berkata, mereka menahan 300 orang termasuk aktivis terkenal, Ilya Yashin dan blogger pembangkang, Alexei Navalny, selepas penunjuk perasaan berarak ke arah Dataran Lubyanka yang menempatkan perkhidmatan keselamatan FSB yang ditakuti.\r“Kira-kira 250 masih ditahan sehingga pagi semalam,” kata jurucakap pergerakan Solidarity, yang menganjurkan bantahan itu Olga Shorina. \rKetika perhimpunan, yang digerakkan kebanyakannya menerusi rangkaian sosial, penunjuk perasaan melaungkan ‘Russia tanpa Putin’ dan ‘Putin patut dipenjarakan.’ \rNavalny mempunyai ramai pengikut di internet kerana mendedahkan gejala rasuah dalam firma dimiliki negara dan mencipta frasa yang digunakan oleh pembangkang, ‘penipu dan pencuri’ untuk merujuk Kesatuan Russia.\r\n\n\n\rPutin berdepan tentangan paling hebat pada pengundian Ahad lalu ketika majoriti Kesatuan Russia di Duma Negeri (dewan rakyat) jatuh mendadak. Pembangkang mendakwa keputusan itu pasti lebih dramatik jika pilihan raya dilaksanakan dengan bersih.\rPemantau yang diketuai Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) berkata, undian menyebelahi Kesatuan Russia dan dicemari pencabulan prosedur.\rSetiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, turut menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu.\rSelain Kesatuan Russia, tiga lagi parti pembangkang menang kerusi di Duma Negeri, termasuk Parti Komunis. Bagaimanapun, parti Yabloko gagal menang undi mencukupi untuk memperoleh kerusi dan sebuah lagi parti anti-Kremlin, Parnas, tidak mendaftar untuk mengundi. \rPolis berkata 2,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan di Moscow manakala Shorina berkata sehingga 10,000 orang menghadiri perhimpunan itu dan 1,500 hingga 2,000 lagi berarak ke arah pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.\rIa adalah bantahan terbesar dalam masa beberapa tahun dan peningkatan pengaruh kumpulan pembangkang Russia yang selalunya terpaksa bekerja keras mengadakan bantahan di negara itu. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|