View: 237|Reply: 0
|
Dengarnya...: Ustazah Pilihan tarik perhatian media asing
[Copy link]
|
|
SEJUK hati Cik Normah apabila menyaksikan acara akhir program Ustazah Pilihan musim pertama baru-baru ini. Cik Normah juga hendak ucapkan tahniah buat Astro Oasis kerana berjaya tampil dengan program bercorak keagamaan yang menarik.\rBukan saja mendapat perhatian penonton dan media tempatan, namun Cik Normah dimaklumkan, program akhir itu turut menggamit kehadiran media asing seperti dari Switzerland.\r\n\n\n\n\rSeperti berada di pinggiran syurga. Begitulah perasaan Cik Normah melihat susunan acara itu dari awal hingga akhir, apabila Astro dilihat berjaya menjadikan rancangan agama sebagai hiburan bermesej. Cik Normah turut tidak mahu melepaskan peluang memuji kebijaksanaan stesen berbayar itu yang memilih pakar motivasi terkenal seperti Datuk Dr Fadzillah Kamsah dan Imam Muda Ashraf sebagai juri program itu.\r\r\n\n\n\n\nApa yang diperkatakan mereka bukan mengusik kosong tetapi sarat dengan pesanan berguna untuk dijadikan panduan pada hari tua. Usikan mereka sepanjang program itu bersiaran tidak langsung menimbulkan rasa meluat di hati Cik Normah. \rKiranya sepanjang berada di pentas akhir itu, hati Cik Normah tenang-tenang saja. Tidaklah keruan seperti menghadiri beberapa majlis yang lebih gah sebelum ini, walaupun sarat dengan insan terkenal. \rAwal melangkah masuk ke dewan SACC di bandar Anggerik itu lagi Cik Normah sudah senyum simpul dalam hati apabila ramai remaja yang menunggu di pekarangan dewan untuk melihat sendiri ustazah pilihan masing-masing. Pendek cerita, penganjur berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton - dewasa, remaja dan pelajar sekolah juga.\rIni membuktikan, tanpa artis terkenal atau penyanyi hebat, program yang mempunyai inti pati yang kuat tetap mampu menarik minat penonton untuk sama-sama menghayati matlamat yang mahu disampaikan menerusi program seumpama itu.\r\n\n\n\rCik Normah juga melihat pemilihan pemenang dilakukan sebaiknya kerana anak kelahiran Kuala Lumpur bernama Firuz Akhtar itu memang memikat hati, menerusi hujah yang diberikan pada malam itu, yang bernas sekali. Bulu roma Cik Normah pada malam itu tidak turun-turun dari awal sampai akhir menyaksikan Firuz begitu bersemangat dengan pelbagai hadis. Alahai, beruntung siapa yang dapat memiliki hati graduan Sarjana Pengajian Islam dan Asia Barat dari Universiti St Louis, Washington itu. Sudahlah bijak, imannya pula setinggi langit.\rDiharapkan selepas ini, makin banyak stesen televisyen dapat melahirkan rancangan bermesej seperti itu dan semoga makin ramailah anak muda di luar sana berebut-rebut dan sanggup beratur panjang untuk menyertai program seumpama itu. Tidaklah nanti kita tengok yang sanggup beratur panjang hanya untuk program hiburan saja. \rSelain itu, Cik Normah sempat curi-curi dengar, Astro mahu menerbitkan program seperti itu dengan mengetengahkan peserta kanak-kanak pula.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|