CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Supermodel Wilson

[Copy link]
Post time 10-12-2011 07:05 PM | Show all posts |Read mode
KACAK, bertubuh tegap dan tinggi mencecah 190 sentimeter - semuanya membentuk pakej sempurna Wilson Tan di pentas peragaan. Di sebalik status supermodel lelaki Malaysia, jejaka ini tanpa berselindung berkongsi rahsia diri. Mari dekati figura ini...ANDAI supermodel wanita Malaysia menyaksikan nama-nama besar seperti Tengku Azura, Amber Chia dan Tinie gah beraksi di pentas peragaan, Wilson Tan tidak kurang hebat mewakili kelompok model lelaki.\n\n\n\n   Biarpun baru tiga tahun bertapak dalam bidang glamor itu, Tan segera mencipta fenomena dalam dunia fesyen tempatan lalu melonjak dirinya ke puncak kemasyhuran.\n\n\n\n\n   Kesungguhan untuk bergelar model berjaya, diiringi minat serta tekun mendalami ilmu peragaan dan fesyen, menjadi azimat jejaka kelahiran Grik, Perak. Ditambah  dengan pakej sempurna dan ketinggian ideal persis model antarabangsa, Tan umpama aset yang perlu tampil di setiap pentas peragaan atau majalah fesyen.Ketika bertemu Tan, anak muda ini mengakui bukan mudah berdiri dengan nama-nama besar dalam bidang peragaan andai semangat serta kesungguhan untuk belajar tidak berada di genggaman.“Ketika peringkat awal pembabitan saya pada 2008, selama enam bulan saya tidak menerima tawaran pertunjukan fesyen lalu terfikir apa yang saya sudah buat. Mengapa tidak, sebelum itu saya sudah memiliki kerjaya selesa sebagai jurutera yang mengkhusus dalam bidang minyak dan gas. “Namun, inilah kisah pengorbanan saya. Andai anda bertanya apakah saya menyesal meninggalkan profesion dulu, sudah pasti saya jawab tidak. Ini kerana apabila saya memutuskan mahu menjadi model, saya berazam menjadi seperti supermodel Amber Chia dalam versi lelaki,” kata jejaka lulusan kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini.\n\n\nDitanya rahsia mencipta kejayaan sepantas tiga tahun, Tan berkata, beliau sudah tidak ada banyak masa kerana mengambilkira usianya yang mencecah 29 tahun, ia sudah dikira lewat berbanding muka baru yang lazimnya menjadi model sejak berumur 18 tahun.“Saya fikir, amat penting bagi seseorang model mencipta identiti sendiri seperti cara berjalan, teknik fotografi selain pakej diri. Jika hendak memperkatakan soal model lelaki, sudah ramai bilangan mereka. Namun, siapa yang benar-benar memenuhi definisi ‘model’ serta mampu memberi impak dan gaya tersendiri.... Itulah yang sukar dicari,” katanya.Jom kenali jejaka tampan ini...Mengapa anda sanggup meninggalkan profesion dalam bidang kejuruteraan untuk menggapai impian bergelar model?Memang ini suatu keputusan berat bagi diri saya. Sudah pasti ia juga mendapat maklum balas kurang menyenangkan daripada keluarga. Tetapi, saya berazam untuk membuktikan tanggapan yang salah. Ini kerana bagi saya, bidang peragaan boleh membawa kejayaan asalkan ada kesungguhan untuk itu.Terus terang, saya lebih berminat dengan dunia peragaan daripada melakukan tugas dalam bidang kejuruteraan atau melakukan kerja pejabat.Bagaimana anda mampu mencipta kejayaan pada usia lewat 20-an sedangkan model lain mula berjinak-jinak dalam industri ini sejak usia belasan tahun?Penampilan serta pembawaan diri kita menjadi kunci kejayaan. Seperti saya nyatakan, identiti diri itu perlu sekalipun menjadi model lelaki. Saya percaya, kesungguhan serta komitmen yang tinggi terhadap apa saja yang kita lakukan pasti membawa kejayaan.Bagaimana anda mampu mencipta nama sepantas ini?Pencapaian serta anugerah yang mengiktiraf saya menjadi antara pendorong melakar kejayaan. Ini sangat dirasakan terutama apabila saya menjulang anugerah utama pada acara Asia Model Festival Awards 2011 (AMFA) di Seoul, Korea, awal tahun ini.Anugerah ini memang bermakna bagi diri saya dan membuktikan usaha saya untuk bergelar model tidak sia-sia.Ceritakan lebih lanjut pencapaian anda dalam industri peragaan?Sebenarnya, saya pernah mendapat tawaran melakukan tugasan peragaan dan penggambaran majalah sebaik menerima anugerah dalam kategori peragaan di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2009 di Los Angeles, Amerika Syarikat.Tetapi, tawaran itu memerlukan saya menetap di New York. Oleh kerana memikirkan ibu bapa, saya batalkan hasrat itu. Tetapi, saya tekad, jika menerima tawaran sama pada masa depan, mungkin saya akan melebarkan sayap ke Eropah untuk tugasan singkat. Ini sudah tentu boleh dianggap suatu pencapaian bagi model tempatan mencipta nama di luar negara.Apakah impak yang anda ingin tinggalkan dalam dunia peragaan tempatan?Saya baru selesai projek bengkel grooming dikenali sebagai Dreams di mana saya menjemput seramai 30 peserta lelaki dan wanita untuk mempelajari seni menambah keyakinan diri serta mendalami kunci kecantikan dalam diri.Selain tip berguna untuk mereka yang minat menceburi bidang peragaan, inilah ruang sebenar untuk mereka yakin dengan kemampuan diri. Bagi saya, semua orang boleh menjadi model.Siapa inspirasi anda dalam bidang peragaan?Saya melihat Amber Chia sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh. Dia sendiri cukup merendah diri serta model-model senior lain. Saya mengkaji dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman selain melihat beberapa perkembangan baru di Youtube atau internet.Boleh ceritakan suka duka anda dalam dunia peragaan?Terus terang, bukan mudah untuk meraih kepercayaan orang tanpa usaha bersungguh-sungguh. Saya masih ingat, saya terpaksa berulang-alik dari tempat kerja di Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata mahu memenuhi tawaran peragaan pentas.Tugasan besar pertama saya ialah pertunjukan fesyen jenama SEED pada 2008. Saya masih ingat, saya diberi tugas itu pada hari peragaan lalu saya jadi panik. Tetapi itulah antara pengalaman saya sebelum saya mula mendapat tawaran lain termasuk dari gedung fesyen terkemuka seperti Gucci.Apa perancangan masa depan anda?Saya melihat sesuatu yang cukup positif dalam hidup dan mensasarkan lima tahun lagi untuk memiliki akademi peragaan sendiri. Ketika itu, saya tidak tahu apakah saya masih lagi bergelar model atau sekadar menguruskan akademi peragaan.ProfilNama: Wilson Tan Siong PingUmur: 29 tahunTarikh lahir: 9 Februari 1982Tempat lahir: Grik, PerakTinggi: 190 sentimeterBerat: 77 kilogramPencapaian dan anugerahModel Top Star Award/Best Asia Model Awards sempena 6th Asia Model Festival Awards 2011 pada Januari 2011, Seoul, Korea50 Gorgeous of Female Magazine (Malaysia ) 2010Model Industrial Awards 2009, finalis World Championship Of Performing Arts in Hollywood (WCOPA), Los Angeles, Amerika SyarikatPingat perak kasual dan formal wear (kategori model lelaki di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2009 di Hollywood, Los Angeles)Finalis Ford Model Supermodel Of The World 2009Pemenang World Star 2009 - Road To Hollywood (kategori model)The Best Legs and Sexiest Models 2009 in Malaysia - The Top 10 Walk Of Fame by FACES MagazineMewakili Malaysia di 1Malaysia Fashion Week 2010 (10-18 April 2010) Washington DC, Amerika SyarikatMewakili Malaysia di Malaysia Fashion Week 2008, Potters Fields Park (30 Julai - 3 Ogos 2008) London, England.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043175 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list