CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kenyir

Awie Cari Gaduh Di Pulau Langkawi, Lapor Polis Selepas Kena Belasah?

  [Copy link]
Post time 15-12-2011 12:33 AM | Show all posts
Dah 3, 4 minggu berlalu...memang laa lebam dah hilang...hahaha. lawak jer suruh check bagai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 05:50 AM | Show all posts
Yang pasti tiada laporan polis....
sooo... citer gosip kung fu tu saje je bubuh ajinomoto bebanyak... ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:44 AM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Padah suka kalau anak dara orang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MENDENGAR kisah yang disampaikan seorang teman yang tinggal di utara Semenanjung mengenai seorang penyanyi popular dipukul memang menakut–kan dan cukup mengejut–kan SS.

Khabarnya, penyanyi yang juga vokalis kumpulan rock terkenal itu dipukul dengan teruk di sebuah kawasan percutian di utara semenanjung, baru-baru ini. Puncanya tidak pula diketahui secara terperinci.

Tapi risik punya risik, kata teman SS, penyanyi yang sebelum ini pernah juga dikatakan terbabit dalam kes gaduh dikatakan mengganggu seseorang yang juga saudara kepada si pemukul tadi.

Kata teman SS lagi, penyanyi itu memang teruk dipukul hingga parah namun tidak pula diketahui lokasi dan siapa pula yang memukulnya kerana kejadian itu berlaku waktu malam.


Pergaduhan itu tidak berlaku di kawasan terbuka atau di tempat awam kerana si pemukul itu khabarnya membawa penyanyi tadi di kawasan tersembunyi tapi SS memang tak pasti secara terperinci.


Cuma kemudiannya, kecoh juga kawasan sekitar itu apabila cerita artis dipukul tersebar dan semua orang ingin mengetahui siapa pula yang menjadi mangsa.

Kawan SS sendiri mendapat sumber itu daripada penduduk setempat yang sememangnya suka penyanyi tadi dipukul kerana sudah beberapa kali juga mereka mendengar cerita perangai penyanyi tadi yang suka membuat gangguan.

Khabarnya penduduk sekitar juga banyak kali mengadu perangai si penyanyi tadi yang khabarnya mengganggu penduduk terutama anak gadis. Dia ingat dengan status selebriti yang ada itu boleh dijadikan lesen untuk mengacau anak dara orang.

Tapi penyanyi popular yang juga pelakon itu tidak duduk diam, sebaliknya memberitahu beberapa temannya yang lain.

Kononnya ingin membalas dendam tapi SS tidak pasti pula apakah tindakan penyanyi itu berjaya untuk membalas dendam.

SS sebenarnya tidak hairan apabila mendengar kisah penyanyi tadi dipukul sebab sebelum ini sudah banyak juga kes dan kontroversi yang dilakukannya.

Padan juga dengan muka dia sebab SS pun memang tak gemar dengan perangai penyanyi tadi yang suka sangat buat hal dan tunjuk gengster. Macam-macam sebenarnya yang penyanyi tadi buat sebelum ini cuma jarang sekali dilaporkan. Jadi kali ini, kira buku bertemu ruaslah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by sayang7 at 15-12-2011 11:01

Awie nafi dipukul      
Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
        
KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan rock Wings, Awie menafikan dia menjadi punca pergaduhan di sebuah kelab di Langkawi, baru-baru ini selain mengalami kecederaan teruk akibat dibelasah.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan itu berlaku berikutan tindakan beberapa lelaki mahu merakam gambarnya di dalam kelab berkenaan tetapi dia enggan dan mahu bergambar di luar.

“Saya ke situ atas jemputan deejay kelab yang  meminta saya menyanyi. Selesai menyanyi, muncul beberapa lelaki menghina dan menyuruh deejay itu mengarahkan saya berhenti menyanyi.

“Kumpulan terbabit turut menyindir hingga berlaku perang mulut antara kami.

“Saya sebaliknya mengajak mereka keluar jika mahu bergambar dan berbincang di luar kelab tetapi sebaik saya dan tiga rakan keluar, kami dikelilingi sekurang-kurangnya 30 lelaki.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


cis!! kena pegi kedai mamak la nk baca the whole story
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by sayang7 at 15-12-2011 11:20

senarai artis yg suka cari gaduh
- awie
- azwan ali
- zubir bharian (artis ke?)
- zarina si lucah
- sape lagik?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 01:32 AM | Show all posts
senarai artis yg suka cari gaduh
- awie
- azwan ali
- zubir bharian (artis ke?)
- zarina si luca ...
sayang7 Post at 15-12-2011 11:10



    hafiz....tolak tomboi smpai patah kaki tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2011 01:54 AM | Show all posts
Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan Awie ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan menghabiskan masa di kelab berkenaan bersama pengawal peribadinya sebelum berlakunya pergaduhan.
Awie nak rampas kawasan kot ?? Tu yang kena bedai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 01:58 AM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Padah suka kalau anak dara orang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan  ...
harkktuih Post at 15-12-2011 10:44


Yang SS ni pun satu.!!!!!.asyik cakap kawan dia cerita la,kawan dia siasat la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2011 09:38 PM | Show all posts
Metro harini ada cerita gosip yang konon nya Si Sawi ni dah belasah 30 orang penyerang dia tu....Betoi ka..??? Lasat la kalau camtu, mcm Bruce Lee Sawi ni.Siap lepas tu bagi duit ubat kat mangsa2 rembatan dia tu...Boleh caya ka cerita Jet li ni...?
Habis la segala abang long2 semua sikit hari lagi.Sawi suda mengganas...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 11:20 AM | Show all posts
awie memang kuat .. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 01:36 AM | Show all posts
apa  pun kepada AWIE selamat berqiamullail....


Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida) memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak membuat provokasi sewaktu program dakwah dan qiamullail anjuran mereka yang berlangsung selama dua hari bermula 8 Januari ini

Program tersebut berakhir pada jam 11 pagi, 9 Januari - hari keputusan perbicaraan liwat 2 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang medianya,  Mohd Shahril Abdul Aziz memberitahu media berhubung Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memanggilnya memberi penjelasan mengenai program dakwah dan qiamullail yang di rancangkan selama dua hari bermula Ahad ini.

Katanya, program tersebut telah lama dirancang di Masjid Wilayah Persekutuan dan memberi jaminan tidak berlaku pertembungan ahlinya dengan peserta perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada tarikh tersebut.

"Kita ada program qiamullail... Tolong jangan ganggu gugat (program kami).

"Ahli Pekida tidak akan membuat provokasi dan kami datang untuk berdakwah.

"Dan jangan ada pihak buat provokasi (kepada kami). Kalau nak serta program kami atau menunaikan solat, digalakkan," katanya dengan suara yang tegas.

Beliau turut menyatakan kehairanannya berhubung jemputan polis untuk hadir ke pejabat IPK hari ini, sedangkan program mereka tidak ada kena mengena dengan perhimpunan anjuran PKR itu.

Ditanya jumlah ahli Pekida yang akan hadir dalam program dakwa itu, Mohd Shahril tidak mendedahkan angkanya, tapi menyatakan "ramai" akan hadir.

"Tidak ada perarakan, kami berada dalam masjid," katanya sambil menambah program mereka dijangka tamat pada Isnin, kira-kira jam 11 pagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.077438 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list