CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Polis Mesir serbu khemah aktivis

[Copy link]
Post time 17-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan keselamatan usir penunjuk perasaan ancam cetus keganasan\rKAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menyerbu khemah yang didirikan di luar bangunan Kabinet negara itu semalam, bagi mengusir  penunjuk perasaan yang mendesak ditamatkan pemerintahan tentera, ketika pegawai mula mengira undi pilihan raya Parlimen pusingan kedua semalam.\r\n\n\n\n\rPertempuran meningkatkan ketegangan antara aktivis dan pegawai keselamatan serta mengancam mencetuskan pusingan baru keganasan selepas dua hari pengundian yang aman dalam pilihan raya yang dianggap paling bebas dan adil dalam sejarah moden negara itu.\r\r\n\n\n\n\nPergaduhan tercetus apabila penunjuk perasaan berkhemah di luar bangunan Kabinet, menuntut pemerintahan tentera negara itu memindahkan kuasa dengan segera kepada pihak berkuasa awam.\rSeorang penunjuk perasaan  mengirim gambar online seorang penunjuk perasaan wanita dipukul dalam pertempuran itu manakala yang lain berkata mereka ditahan oleh polis tentera. Tidak dapat dipastikan berapa ramai penunjuk perasaan masih berada dalam tahanan polis.\rAktivis, Hussein Hammouda berkata tentera bertindak balas dengan melempar batu dan menyembur air dari dalam pagar bangunan itu.\r“Ketegangan antara penduduk dan pasukan keselamatan amat teruk dengan sedikit saja masalah boleh mencetuskan pertelagahan besar. Tiada lagi kepercayaan antara mereka,” katanya.\r\n\n\n\rTentera mengambil alih kuasa daripada Presiden Hosni Mubarak yang disingkirkan dalam revolusi Februari lalu. Kumpulan hak dan aktivis mendakwa tentera menjalankan amalan rejim lama, termasuk menahan dan memukul pembangkang.\rPenunjuk perasaan berkata, pertempuran bermula petang kelmarin selepas tentera memukul teruk seorang lelaki muda yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu.\rBeratus-ratus orang bergegas menyertai bantahan itu selepas video dan gambar online menunjukkan orang ramai mengusung lelaki yang cedera itu. Gambar menunjukkan muka dan matanya lebam serta bengkak, kepalanya dibalut dan darah menitis dari hidung.\rSaksi menuduh polis tentera menarik lelaki terbabit dari lokasi tunjuk perasaan dan memukulnya di dalam Parlimen, berhampiran ibu pejabat Kabinet. Kemudian penunjuk perasaan membaling batu dan bom api ke arah polis tentera.\rAktivis Hussein Hammouda berkata, tentera memberi tindak balas dengan membaling batu dan mensasarkan meriam air dari dalam pagar berhampiran bangunan Parlimen.\r“Ketegangan antara orang ramai dan pegawai keselamatan amat tegang sehingga apa saja boleh menyemarakkan keadaan itu. Tiada kepercayaan antara kedua-dua pihak,” kata Hammouda yang berhenti dari jawatan sebagai anggota polis pada tahun 2005 untuk membantah amalan pasukan keselamatan itu.\rAgensi berita Mesir melaporkan, sekurang-kurangnya empat cedera dibawa ke hospital berhampiran dan kebakaran berlaku di bangunan kerajaan berhampiran akibat pertempuran itu. Stesen televisyen menyiarkan imej polis berpakaian biasa membaling batu ke arah penunjuk perasaan dari bangunan Parlimen. – AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.586235 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list