CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Krisis nuklear Jepun diatasi

[Copy link]
Post time 17-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perdana menteri umum loji Fukushima capai tahap penutupan sejuk\rTOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda semalam mengumumkan bahawa loji nuklear Fukushima Dai-ichi yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami Mac lalu, berjaya mencapai tahap \'penutupan sejuk\', langkah paling penting bagi membolehkan arahan pemindahan penduduk ditarik balik.\r\n\n\n\n\rIa akan disusuli dengan usaha baru untuk menutup sepenuhnya operasi loji terbabit, satu proses yang dijangka mengambil lebih daripada 30 tahun.\r\r\n\n\n\n\nPengumuman Noda dilihat bertujuan mengulangi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan berjaya dalam usaha menangani masalah radiasi di loji terbabit, sembilan bulan selepas gempa bumi menyebabkan tiga reaktor musnah, dalam krisis nuklear paling buruk sejak Chernobyl pada 1986.\rBagaimanapun pakar berkata, loji yang terletak kira-kira 230 kilometer ke timur laut Tokyo itu tetap terdedah kepada masalah, manakala kawasan sekitarnya terus dicemari radiasi.\rLoji nuklear Fukushima Daiichi terjejas teruk berikutan gempa bumi dengan kekuatan 9.0,  menyebabkan gelombang tsunami melanda Jepun pada 11 Mac lalu.\rSyarikat pengendali loji berkenaan, TEPCO berhadapan dengan masalah, apabila sistem pertahanan tsunami terjejas manakala generator kuasa sokongan berhenti berfungsi.\r\n\n\n\rKeadaan ini menyebabkan sejumlah besar pekerja yang digelar sebagai Fukushima 50 mencuba pelbagai penyelesaian termasuk menggunakan air laut untuk menyejukkan rod yang melebur.\rAir yang digunakan dalam proses penyejukan itu bagaimanapun menjadi satu masalah besar kepada TEPCO apabila ia terpaksa dialirkan keluar   ke lautan Pasifik, mencetuskan masalah kepada nelayan tempatan.\rPetani di kawasan itu juga turut terjejas apabila hasil pengeluaran mereka dipulaukan pengguna atau diharamkan kerajaan disebabkan pencemaran radioaktif.\rSatu zon pengecualian di sekitar loji juga diwujudkan dengan beratus-ratus penduduk dipindahkan bagi mengelak mereka terdedah dengan tahap radiasi tinggi yang berbahaya.\rZon ini masih lagi tercemar dengan pembersihan masih lagi tertangguh berikutan amaran bahawa sesetengah bandar masih lagi terus ditinggalkan tanpa penghuni sejak berdekad. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066684 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list