View: 161|Reply: 0
|
1MDB bina rumah mampu milik
[Copy link]
|
|
10,000 kediaman untuk pembeli berpendapatan bawah RM6,000 sebulan 1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) yang menerima mandat kerajaan untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik di Lembah Klang, bercadang melancarkan projek berkenaan tahun depan.\n\n\n\n Pemaju induk Bandar Malaysia di Sungai Besi itu akan membangunkan projek rumah mampu milik yang berkualiti dengan sasaran jualan kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan di bawah RM6,000 sebulan.\n\n\n\n\n\n Rumah mampu milik yang akan dibangunkan 1MDB itu akan membabitkan harga jualan antara RM220,000 hingga RM300,000 seunit.Timbalan Presiden Hartanah 1MDB, Juraimi Azahar, berkata projek rumah mampu milik yang akan dibangunkannya itu berbeza dengan projek perumahan mampu milik yang pemaju hartanah lain kerana ia lebih tertumpu kepada meningkatkan kualiti hidup penduduk.Katanya, walaupun dari segi keluasan rumah dijangkakan antara 800 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi tetapi kemudahan yang akan disediakan di kawasan perumahan itu berbeza daripada projek perumahan mampu milik lain, yang mana ia akan turut dilengkapi kemudahan penjagaan kanak-kanak.“Pembangunan projek rumah mampu milik kami ini akan berkonsepkan gaya hidup berkualiti. Sehubungan itu, kami akan menyediakan kemudahan yang dapat memanfaatkan penduduk di situ untuk menikmati gaya hidup yang sihat dan berkualiti serta mesra keluarga,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.\n\n\nBeliau berkata, antara kemudahan yang dirancang untuk projek rumah mampu milik itu ialah pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan pusat transit, dewan serba guna dan pusat keagamaan.Selain itu, 1MDB juga akan memastikan projek rumah mampu milik yang dibangunkannya itu dihubungkan dengan jalan raya utama serta berhampiran dengan stesen transit aliran ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT). Juraimi menjelaskan pihaknya juga akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai konsep diketengahkan dalam projek rumah mampu milik yang akan dibangunkannya itu sejajar dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”.“Kami jangka proses pengumpulan maklum balas ini akan mengambil masa beberapa bulan dan kami jangka akan melancarkan projek perumahan ini tahun depan,” katanya.1MDB dilantik kerajaan untuk membangunkan 196.6 hektar tanah di Sungai Besi yang kini adalah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Keseluruhan Bandar Malaysia itu termasuk taman, perpustakaan serta kemudahan awam yang lain akan menjadi fokus kepada pembangunan mampan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|