View: 144|Reply: 0
|
15 mangsa bot karam terselamat
[Copy link]
|
|
Pasukan Indonesia jangka jumpa lebih ramai pencari suaka hilang\rWATULIMO: Pasukan penyelamat Indonesia menemui 15 mangsa yang masih hidup kira-kira 100 kilometer dari tempat bot karam, meningkatkan harapan lebih ramai mangsa terselamat dikalangan 200 pencari suaka yang dilaporkan hilang ketika perjalanan ke Australia.\r\n\n\n\n\r “Seramai 15 orang yang ditemui dalam keadaan lemah. Penyelamat menemui mereka di kawasan perairan Nusa Barong dan membawa mereka ke pantai,” kata pegawai mencari dan menyelamat daerah Trenggalek, Kelik Purwanto.\r\r\n\n\n\n\n “Kami masih menyiasat jika mereka adalah mangsa bot migran yang karam Sabtu lalu kira-kira 40 batu nautika di Jawa timur,” katanya.\rFeri kaca gentian yang berkemampuan membawa 100 orang itu digunakan bagi mengangkut 250 pendatang, kebanyakan adalah warga Iran dan Afghanistan. \rPurwanto berkata nelayan menemui 34 mangsa terselamat di kawasan perairan berkenaan enam jam selepas bot tenggelam dan dibawa ke Blitar kelmarin untuk pengenalan oleh Pertubuhan Antarabangsa Bagi Migrasi (IOM).\rLebih 200 orang masih lagi tidak diketahui nasib mereka.\r\n\n\n\rPenyelamat tidak memberi harapan untuk mencari lebih ramai mangsa yang terselamat berikutan cuaca buruk dan ombak yang tinggi, sambil menyifatkan ia adalah kehilangan nyawa paling besar membabitkan bot yang dipenuhi pendatang Asia dan Asia Barat dari Indonesia ke Australia.\rLima bot penyelamat dan dua helikopter dikerah walaupun cuaca buruk untuk menyertai usaha bersama kapal tentera laut Australia dan pesawat pemantau.\r“Kadar penglihatan amat rendah. Pada masa ini arus terlalu kuat dengan ombak setinggi tiga meter manakala hujan baru bermula,” kata Purwanto.\rPegawai imigresen Blitar, Sutoyo berkata seramai 34 mangsa yang terselamat diletakkan di sebuah hotel atas biaya IOM.\r“IOM akan menentukan kerakyatan pendatang terbabit dan motif mereka menaiki bot,” katanya.\rMangsa terselamat yang ditemubual berkata mereka dalam perjalanan ke pulau Christmas di Australia apabila bot yang dinaiki tiba-tiba dilanda ombak besar akibat ribut sebelum tenggelam.\rAnggota krew bot dan pendatang dilaporkan berebut 25 jaket keselamatan dalam bot berkenaan.\r“Migran terbabit berkata enam anak kapal berkejar untuk mendapatkan jaket keselamatan dan memakainya sebelum menyelamatkan diri,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Jawa Timur, Sustrino kepada AFP.\rPendatang berkenaan termasuk dari Pakistan, Iraq, Turki dan Arab Saudi. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|