View: 143|Reply: 0
|
SAP Malaysia bekal perisian percuma di 20 IPT
[Copy link]
|
|
Lengkapkan pelajar kemahiran teknologi, perisian perniagaan\rSAP Malaysia, penyedia perkhidmatan perisian perniagaan bakal membekalkan perisiannya secara percuma kepada 20 institusi pengajian tinggi (IPT) tahun depan bagi melengkapkan pelajarnya dengan kemahiran teknologi maklumat (IT) termasuk penggunaan perisian perniagaan.\r\n\n\n\n\r Ketua Operasi Negaranya, Marcus Lim, inisiatif itu dilaksanakan berikutan terdapat rungutan daripada syarikat terutama antarabangsa bahawa pekerja tempatan tidak memiliki kemahiran dalam bidang IT dan penggunaan perisian perniagaan.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, masalah itu menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerja asing untuk mengisi kekosongan di syarikat masing-masing sekali gus merugikan pasaran kerja tempatan.\r“Ia turut berlaku di kalangan graduan yang baru menamatkan pengajian dan ia menjejaskan peluang mereka memperoleh pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang tinggi.\r“Kini, kemahiran IT dan penggunaan perisian perniagaan adalah antara kemahiran yang perlu dimiliki setiap pelajar, kerana itu kami membuat keputusan menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan bagi membolehkan pelajar mempelajari bidang IT dan perisian itu secara percuma,” katanya pada sidang media mengenai program MyUniAlliance dan MyProCert di Kuala Lumpur, semalam. \rHadir sama Pengarah Urusan K-Pintar Sdn Bhd, RA Thiagaraja dan Pengarah Akademi MYSAP, Ravin Rajendran.\rMyUniAlliance adalah program yang diperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) tahun ini bagi menggalakkan lebih ramai pelajar dan graduan meningkatkan kemahiran dalam bidang IT.\rProgram MyProCert pula diperkenalkan bagi tujuan membekalkan latihan dan sijil kepada rakyat negara ini untuk bersaing di dunia IT.\rLim berkata, setakat ini enam IPT iaitu Inti International University, Asia Pacific University College of Technology & Innovation, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Multimedia, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Terbuka Malaysia sudah menjalinkan kerjasama dengan pihaknya.\rDalam pada itu, Ravin berkata pihaknya adalah antara tiga syarikat yang dilantik untuk memberikan latihan kepada rakyat negara ini yang berminat mempelajari program latihan SAP di bawah program MyProCert.\r“Sejak ia mula ditawarkan pada September lalu, 23 orang sudah menamatkan program ini dengan kebanyakannya sudah mendapat pekerjaan di syarikat yang menawarkan pendapatan lebih lumayan berbanding tempat mereka sebelum ini,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|