CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Kena kanser usia 26 tahun

[Copy link]
Post time 21-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Bekas ratu cantik Venezuela meninggal  2 tahun kemudian\rCARACAS: Bekas ratu cantik Venezuela, Eva Ekvall, meninggal dunia akibat kanser payudara pada usia 28 tahun.\r\n\n\n\n\r   Ibu seorang anak itu menghembuskan nafas terakhir Sabtu lalu di sebuah hospital di Houstan, Texas, selepas dua tahun bergelut dengan penyakit itu, kata keluarganya.\r\r\n\n\n\n\n   Terkenal ketika remaja dengan kecantikannya, Ekvall kemudian menjadi seorang pembaca berita, penulis dan penyokong badan kebajikan kanser hebat di negara asalnya.\rBapa Ekvall berasal dari Amerika dan ibunya dari Jamaica. Beliau bekerja di sebuah kedai pakaian di Caracas apabila ditawarkan kerja oleh ejen agensi model.\r“Bagi saya, tawaran itu tidak masuk akal,” katanya kepada akhbar The Guardian, Februari lalu. “Saya fikir ia tawaran yang tidak munasabah kerana berat badan saya yang berlebihan. Saya tidak boleh menjadi seorang model.\r“Namun, pada satu hari saya dipecat daripada kerja dan saya terus naiki teksi ke agensi model terbabit. Sebaik saja mereka melihat saya, mereka kata sudah memiliki calon Miss Venezuela berikutnya.”\r\n\n\n\rPada usia 17 tahun, Ekvall dimahkotakan Miss Venezuela pada 2000. Tahun berikutnya, beliau mendapat tempat keempat dalam pertandingan Miss Universe di Puerto Rico.\rGraduan kewartawanan itu seterusnya menjadi seorang model, aktres dan pembaca berita untuk Venevision.\rBeliau dikenal pasti menghidap kanser payudara tahap akhir pada Februari 2010 dan menjalani rawatan selama lapan bulan termasuk kemoterapi, radiasi dan pembedahan membuang payudaranya.\rBeliau menyedari ada ketulan pada payudara beberapa bulan sebelum itu namun berpendapat tubuhnya mengalami perubahan akibat hamil.\r“Saya amat marah kerana saya sepatutnya tahu perkara itu. Ibu saudara saya diserang kanser payudara dua kali dan nenek saya meninggal akibat kanser sama. Saya pula tidak berbuat apa-apa.”\rDengan potret dirakam jurugambar Roberto Mata, beliau menulis buku Fuera de Foco atau Our of Focus, untuk menceritakan usahanya menghadapi kanser. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041047 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list