View: 239|Reply: 0
|
Dengarnya...: Marion - SM Nasarudin timang bayi perempuan
[Copy link]
|
|
DARIPADA paparan di twitter rasmi, jelas membuktikan pasangan romantis personaliti TV, Marion Caunter dan suaminya SM Nasarudin kini sedang melalui fasa manis dalam hidup mereka dengan kelahiran si kecil pada 17 Disember lalu.\rLebih istimewa kerana buah cinta mereka dilahirkan sehari selepas sambutan ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Pasangan itu bernikah pada 16 Disember 2010.\r\n\n\n\n\rDalam titipan ringkas namun penuh bermakna, pengacara E! News Asia ini melahirkan penghargaan terhadap semua yang mendoakan mereka selain bersyukur dengan kehadiran bayi mereka. \r\r\n\n\n\n\nBegitu pun tidak dinyatakan butiran lanjut mengenai bayi sulung mereka itu. Paling penting kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat sejahtera.\rCik Normah masih teringat lagi detik perkahwinan gilang gemilang pasangan yang menyulam cinta selama lebih lima tahun sebelum akhirnya dimetri dengan ikatan suci itu. \rHarap-harap selepas ini Marion dan suaminya yang cukup sporting itu sedia mengabadikan gambar bayi mereka untuk peminat. Mesti ramai nak tahu si kecil ikut wajah siapa, mama atau papa.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|