CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 1

Pengganas Yahudi jadi ancaman baru Israel

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Netanyahu ikrar sekat pelampau serang tenteraBAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar sekali lagi untuk menyekat pendatang Yahudi daripada terus menyerang hartanah milik warga Israel dan Palestin kerana tindakan kerajaan merobohkan kediaman mereka yang tidak diiktiraf agensi awam.\n\n\n\n“Kerajaan tidak akan membenarkan serangan dilakukan terhadap askar, anggota polis, penduduk Arab, Yahudi serta masjid,” kata Netanyahu kepada anggota tentera dalam satu majlis membakar lilin tanda permulaan sambutan lapan hari sambutan  Hannukah atau ‘Pesta Cahaya’ di Tebing Barat.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian di markas tentera Ephraim di utara Tebing Barat. Minggu lalu,  50 pelampau Yahudi memecah masuk  me-rosakkan harta awam dan menyerang  pegawai kanan.Malah, seorang pendatang membuka pintu jip membawa Panglima Tentera Briged Wilayah Efraim, yang dilaporkan cedera akibat terkena batu di kepala.“Kejadian terbabit mencemarkan demokrasi Israel yang berasaskan sikap patuh undang-undang selain menjejaskan reputasi tentera,” kata pejabatnya yang memetik beliau sebagai berkata.Sementara itu, Menteri Pertahanan, Ehud Barak turut berucap dalam majlis sama, berpendapat  99 peratus pendatang akur kepada undang-undang dan mereka perlu lindungi kumpulan itu serta penduduk Palestin yang berada di bawah kuasa mereka.\n\n\nBarak juga memberitahu wartawan, beliau menganggap pencerobohan di markas tentera Ephraim sebagai keganasan, justeru ia tanggungjawab pihak berkuasa  menghentikan serangan seperti itu.Isnin lalu, sekumpulan penyerang melakar grafiti anti Islam dan mesej pro pendatang Yahudi di sebuah masjid Tebing Barat.Kumpulan pelampau yang sama dipercayai bertanggungjawab dalam serangan itu, yang ketujuh dalam tempoh seminggu.Kelmarin, Kabinet Palestin mengutuk sikap kerajaan Israel yang hanya mendiamkan diri mengenai serangan berkenaan dan menggesa masyarakat antarabangsa mendesak negara Yahudi itu menamatkan keganasan pendatang.Yahudi ultra nasionalis ketika ini melawan rancangan kerajaan Israel untuk merobohkan kediaman penempatan tidak rasmi dengan menyelongkar hartanah penduduk Palestin serta mula menceroboh markas tentera, rumah dan pejabat pemimpin kerajaan.Perbuatan mereka di Tebing Barat itu adalah kejadian ketiga membabitkan masjid sejak Rabu minggu lalu yang berlaku ketika tentera Israel merobohkan kawasan penempatan Mitzpe Yitzhar.Minggu lalu, Netanyahu mengarahkan tindakan lebih tegas dikenakan terhadap perusuh Yahudi selepas keganasan meningkat di srael disebabkan pendatang Yahudi khususnya terhadap markas tentera, Ephraim.  –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 06:55 AM | Show all posts
sama ganas je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.031162 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list