|
Bursa tempatan ditutup kukuh dengan FBM KLCI naik 6.48 mata\rKLCI FTSE Bursa Malaysia (FBM) ditutup kukuh semalam mendapat rangsangan daripada dana serantau yang mengambil kesempatan daripada daya tahan pasaran tempatan, kata peniaga. \r\n\n\n\n \rPada 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 6.48 mata untuk ditutup kepada 1,491.46. \r\r\n\n\n\n\n“Malaysia dilihat sebagai pasaran insentif. Terdapat juga aktiviti memperelokkan akaun sempena penutupan akhir tahun,” kata peniaga. \rPasaran umum menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 455 berbanding 290, manakala 336 kaunter ditutup tidak berubah dan 287 tidak diniagakan.\rKira-kira 1.204 bilion saham bernilai RM1.017 bilion bertukar tangan berbanding 1.655 bilion saham bernilai RM1.321 juta kelmarin.\rIndeks Kewangan naik 102.32 mata kepada 1,3369.96, Indeks Perladangan meningkat 15.37 mata kepada 7,923.25 dan Indeks Perusahaan menambah 3.86 mata kepada 2,666.68.\r\n\n\n\rIndeks FBM Emas naik 44.47 mata kepada 10,214.93, Indeks FBM Mid 70 mengukuh 72.00 mata kepada 11,236.47 manakala Indeks FBM Ace turun 38.59 mata kepada 4,027.80.\rDi kalangan kaunter cergas, TMC Life Sciences Bhd – Warr menambah 11 sen kepada 11.5 sen, Sanichi Technology Bhd turun 2.5 sen kepada 13 sen dan Hibiscus Petroleum-Warr 11/14 susut 2.5 sen kepada 49.5 sen. \rDalam saham wajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM8.45, Sime Darby tidak berubah pada RM9 dan CIMB Group meningkat lima sen kepada RM7.00.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 671.493 juta saham bernilai RM937.520 juta daripada 944.79 juta saham bernilai RM679.44 juta kelmarin.\rJumlah dagangan di pasaran ACE turun kepada 228.720 juta unit bernilai RM32.750 juta daripada 551.18 juta unit bernilai RM482.041 juta sebelumnya. \rWaran meningkat kepada 300.048 juta saham bernilai RM44.211 juta daripada 213.914 juta saham bernilai RM31.818 juta sebelumnya.\rBarangan pengguna menyumbang 69.180 juta saham yang diniagakan di pasaran utama, barangan perusahaan 127.713 juta, pembinaan 27.742 juta, perdagangan dan perkhidmatan 203.051 juta, teknologi 21.204 juta, prasarana 47.469 juta, kewangan 55.526 juta, hotel 348,100, harta 64.889 juta, perladangan 32.467 juta, perlombongan 24,000, REITs 6.493 juta dan dana tertutup 17,000. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|